Followers

Wednesday, June 2, 2010

Hak Wanita Memilih Suami

Sebagai seorang wanita muslim, kita mempunyai hak dan salah satu hak kita ialah hak memilih suami. Seorang wanita sama ada dara atau janda bebas memilih calon suaminya. Ayah atau ahli keluarganya yang lain tidak berhak memaksanya berkahwin tanpa keinginan atau keizinan mereka.

"Perempuan-perempuan janda tidak boleh dikahwinkan sebelum terlebih dahulu dimintakan kepadanya persetujuannya, dan anak gadis tidak boleh dikahwinkan, hingga lebih dahulu dimintakan izinnya. Kata mereka : Bagaimana tanda izinnya? Nabi menjawab :  Apabila ditanya dia diam sahaja. "
(HR. Bukhari dan Muslim)


" Sesungguhnya seorang anak gadis datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa bapanya telah mengahwinkannya, padahal dia tidak suka, maka nabi menyuruh pilih kepadanya antara menerima atau menolak."
(HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Tetapi, sungguhpun kita sudah diberi hak ini, jangan kita sewenang-wenangnya menyalah gunakan ia.Jangan kita memilih mengikut hawa nafsu sehingga sengsara hidup dunia dan akhirat. Pilihlah bakal suami yang mampu membahagiakan kita dunia dan akhirat. 

P/s : Semoga jodoh kita berkekalan bahagia diberkati Allah hingga ke akhir hayat. Amin.

6 comments:

Nurul Hidayah Isnin said...

hehe..qilah sudah mula bercerita tntg jodoh..i like this post!

Ila Aqilah said...

haha..dekyah, kita ada hak..qla cuma menyampaikan je..

milk and cookies said...

I also like this post! Especially part "Semoga" tu. Aku aminkan eh? Aminnn... Thee.

Ila Aqilah said...

ya ira.."semoga" ni tuk ko, dekyah dan mereka yg dah mula nampak jodoh..haha..amin..

amirahmohammadzaki said...

bagus2 post nie...sbg peringatan

Ila Aqilah said...

amer! haish..thanx amer follow blog fibi..yup! peringatan tuk kita sume eh..