Followers

Saturday, May 29, 2010

Menyesal Tak Sudah

Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi minggu peperiksaan dengan jayanya. Terima kasih buat rakan-rakan yang banyak membantu saya. Setiap malam sebelum hari peperiksaan, kami akan membuat rumusan terakhir. Daripada 0 terus berisi penuh dengan ilmu-ilmu hasil perkongsian bersama. Hehe..terima kasih gadis-gadis matematik dan rumet tersayang juga yang banyak berkongsi eh! Sekarang kita sama-sama bertawakal. Semoga semuanya berjaya..amin..

Sekarang ini yang buat hati tak tenang BIG (Bina Insan Guru). Isk. Baru tahu malam semalam BIG tak jadi sedangkan diri ini sudah ada di rumah. Barang ada lagi yang tak kemas, buku rekod mengajar tak beli lagi, permohonan untuk tukar sekolah tak confirm lagi dan banyak lagila yang tak settle. Macam rasa menyesal balik rumah awal. Kalau tahu BIG cancel, tak perlula balik awal  sebab boleh settlekan perkara yang tak settle dan sekurang-kurangnya saya masih sempat menghabiskan masa dengan rumet yang good-looking (pengaruh compunding word..hehe) dan gadis-gadis matematik. Next semester dah start praktikum mesti dah jarang nak bising-bising dengan kamu semua. Padanla rasa berat je nak balik Jumaat pagi semalam. Ini rupanya. Kalau balik hari Ahad ni, takut tidur kat bilik sorang-sorang (one of my weaknesses..isk..), semua mesti dah balik. Bak kata ayah kan dah banyak kali kerja nak ulang-alik.



So, plan ditukar. Perancangan balik hari diterima. Ok! Tapi ini pun masih rasa menyesal. Kenapala rasa menyesal tak sudah ini. Isk. Ada benda lain ke? huhu

P/s : Kredit untuk apad sebab buat perancangan balik hari..tima kasih bro!

2 comments:

Anonymous said...

apad cakap : same2.evrythg 4 u =))

Ila Aqilah said...

dya guard blok F : haha..ala kan dah geli dah..