Followers

Monday, May 31, 2010

Satu Hari Perjalanan

Selesai! Perkara yang disesali  sudah selesai. Alhamdulillah. Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi, mak hantar sampai Yong Peng. Pukul 10 pagi (tak tepat pun), Apad jemput maka bermulalah perjalanan kami merentasi highway ke Johor Bharu. 

Sesampai di kampus, terus menyiapkan perkara yang sepatutnya sudah boleh siap sebelum bercuti lagi. Antaranya :
  1. Mengosongkan bilik
  2. Hantar assignment Mr.Chew 
  3. Pergi unit praktikum, confirmkan sekolah dan pensyarahnya
  4. Beli buku rekod mengajar, 6 buah.
Ok, semua sudah selesai! Ingatkan nak terus balik rumah. Tiba-tiba, mesej sampai :

 Qilah, dak2 ni ajak g dnga cty mall.ko nak g x?

Erk, danga? hmm..tengok jam..lantasku reply mesej tersebut.

Ko ktne? Dah siap? Qla ok je.

Maka kami menyambung perjalanan kami ke Danga City Mall. Tak perlu tanya di mana gerangan 'dak2 ni', kami terus gerak naik tempat karoke. Haha. Memang 'port' mereka kalau dekat sini. Malek, Farouk, Dekyah, Apong, Wan, Hakim, Syafiq dan ahli keluarga baru Bacarz..Affini..Sempat saya habiskan masa dengan mereka. Tema kali ini, memperkenalkan keluarga Bacar yang baru. Hehe. Sweet!

Selesai menghabiskan masa bersama mereka, lepas maghrib..JGF! Start your engine! Perjalanan pulang ke kampung bermula. Pukul 9.40 malam kami sampai, ayah dah ada tunggu depan kedai kasut. Sempat mereka berborak kejap. Ting Tang Ting Tang Alexander! Dah habis borak? Ok jom ayah balik rumah! 

Sekarang selamat ada dalam rumah dan post kali ini berjaya dipublish malam ini gak. Oyea! 

P/s : sesuatu telah terjadi, betul ke tidak? tapi saya suka!

Sunday, May 30, 2010

::words 3::


..Sometimes CRYING is the best MEDICINE..


p/s : can not hold the tears when it really wants to cry..isk..

Saturday, May 29, 2010

Menyesal Tak Sudah

Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi minggu peperiksaan dengan jayanya. Terima kasih buat rakan-rakan yang banyak membantu saya. Setiap malam sebelum hari peperiksaan, kami akan membuat rumusan terakhir. Daripada 0 terus berisi penuh dengan ilmu-ilmu hasil perkongsian bersama. Hehe..terima kasih gadis-gadis matematik dan rumet tersayang juga yang banyak berkongsi eh! Sekarang kita sama-sama bertawakal. Semoga semuanya berjaya..amin..

Sekarang ini yang buat hati tak tenang BIG (Bina Insan Guru). Isk. Baru tahu malam semalam BIG tak jadi sedangkan diri ini sudah ada di rumah. Barang ada lagi yang tak kemas, buku rekod mengajar tak beli lagi, permohonan untuk tukar sekolah tak confirm lagi dan banyak lagila yang tak settle. Macam rasa menyesal balik rumah awal. Kalau tahu BIG cancel, tak perlula balik awal  sebab boleh settlekan perkara yang tak settle dan sekurang-kurangnya saya masih sempat menghabiskan masa dengan rumet yang good-looking (pengaruh compunding word..hehe) dan gadis-gadis matematik. Next semester dah start praktikum mesti dah jarang nak bising-bising dengan kamu semua. Padanla rasa berat je nak balik Jumaat pagi semalam. Ini rupanya. Kalau balik hari Ahad ni, takut tidur kat bilik sorang-sorang (one of my weaknesses..isk..), semua mesti dah balik. Bak kata ayah kan dah banyak kali kerja nak ulang-alik.



So, plan ditukar. Perancangan balik hari diterima. Ok! Tapi ini pun masih rasa menyesal. Kenapala rasa menyesal tak sudah ini. Isk. Ada benda lain ke? huhu

P/s : Kredit untuk apad sebab buat perancangan balik hari..tima kasih bro!

Monday, May 17, 2010

Happy Teacher's Day

Oleh kerana semalam hari Ahad, kami bakal guru menyambut hari bermakna bagi kami pada hari ini. Selamat Hari Guru khas buat semua guru yang pernah mengajar saya, rakan-rakan guru pelatih dan mereka yang pernah berkongsi ilmu bersama saya. Buat mak, ayah..kamu guru yang paling banyaaaaaaaaaaakkkk mengajar serta mendidik saya! Terima kasih!

Menjadi kewajipan buat kampus kami untuk meraikan hari yang bermakna ini. Memandangkan kampus ini merupakan tempat di mana guru-guru akan dilahirkan, pelbagai aktiviti dijalankan baik untuk para pensyarah juga guru pelatih. Seronok melihat gelagat mereka yang terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Malangnya tiada gambar untuk dikongsi..isk..

Selamat Hari Guru!


Sunday, May 9, 2010

Takziah

"Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..al-Fatihah"

Ucapan yang sempat saya berikan buat sahabat saya Lizah dan Qayyum yang masing-masing baru kehilangan orang yang tersayang. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan daripada Allah.

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekali pun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh..."
(An-Nisa : 78)

P/s : Terharu mendengar lagu dendangan Dya llham dan Dekyah buat Lizah.

Saturday, May 8, 2010

Kejohanan Olahraga Peringkat IPGM Kampus Temenggong Ibrahim

29 April 2010, kampus kami telah mengadakan Kejohanan Olahraga peringkat kampus anjuran JPP. Senang cerita hari sukan la. Hehe. Seriously, bila fikir-fikir balik macam kelakar sebab peringkat umur macam ini masih menghias khemah, menyediakan kostum untuk perbarisan dan macam-macam lagilah. Perkara-perkara macam ini buat saya terkenang zaman sekolah. Warga STJ confirm ingatlah macam mana kita stay up menjahit kostum untuk perbarisan, berkumpul pilih atlet, hias khemah..hehe..rindu zaman sekolah. Hidup Tunku Kurshiah! Tunku Kurshiah ada Hadi, Kenya, Amin, Dyana, Zira, Pache', Dyla, Richie, Tikuk, Illi dan ramai lagi lah..

Ok, kembali ke tajuk utama..rasa kelakar tu..bak kata ayah IPTA lain mana ada hari-hari sukan macam ni, IPGM je yang ada, kau patut rasa berbangga tau..haha..Yeah! Saya berbangga! Sepanjang kejohanan ni, sempat jugalah kumpulan 5PISMP buat persembahan senamrobik. Cayalah! Saya sangat suka senamrobik ni lagi-lagi tang lagu Selamat Pagi Sayang. Bila kita boleh buat lagi eh persembahan macam ini. Saya mahu join!
Sempatlah juga jadi bidang terjun masuk acara untuk kejohanan ini. Acara apa?? Haha..adalah..

Overall, kejohanan kali ini berjalan dengan lancar. Sempat lagi kami menyimpan kenangan sepanjang hari kejohanan in. Jom layan antara kenangan kami yang berjaya dicaptured!

pasukan senamrobik 5PISMP

masih sempat memberi pose yang terbaik..eceh

favourite! sangat suka kostum hippo ni!

suka juga kostum tiger! aauumm!

not prepared at all..hehe..tapi masih suka bergambar

kejayaan yang diraih..phewitt

P/s : Ada rasionalnya IPGM menganjurkan event sebegini rupa, persediaan buat kami bakal guru!