Followers

Tuesday, January 19, 2010

Usrah Combo

Alhamdulillah, akhirnya para naqibah berjaya melaksanakan Usrah Combo buat pertama kalinya dengan jayanya! Tahniah rakan-rakan naqibah sekalian, especially kepada para naqibah yang bertanggungjawab melaksanakan setiap slot dalam Usrah Combo ini. Pengisian setiap slot sangat mantap, cara penyampaian yang bersahaja menyebabkan adik-adik usrah suka untuk memberi respon yang baik. Tahniah sekali lagi! First impression is important.

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca, Usrah Combo ini merupakan usrah secara beramai-ramai yang dikendalikan oleh para naqibah itu sendiri. Kami menggabungkan semua naqibah beserta adik-adik usrah dari semua halaqah untuk sama-sama mengikuti majlis ilmu ini. Kami tidak melaksanakannya dengan formal, hanya santai dan bersahaja. Antara slot yang terdapat dalam Usrah Combo ini ialah sirah, tadabbur, tajwid, tazkirah, isu-isu semasa dan sebagainya.

Kepada para muslimah kampus Temenggong Ibrahim, anda dijemput hadir ke Usrah Combo ini bertempat di Surau Al-Jawahir. Masa dan tarikh boleh rujuk kepada para naqibah. Kehadiran anda semua sangat dialu-alukan.

P/s : Akak-akak naqibah, anggaplah ini salah satu microteaching kita! Oyea!

No comments: