Followers

Monday, December 28, 2009

Majlis Bertunang Sepupuku


she looks so beatiful..right?

Pada tanggal 26/12, sepupuku, Syazana Abd. Lajis selamat menjadi tunangan orang. Alhamdulillah majlis pertunangannya berjalan dengan lancar. Tahniah Kak Zana!

Apa yang menarik tentang majlis pertunangan ini ialah ayahku. Ayah telah dilantik sebagai wakil bagi pihak perempuan merangkap sebagai ketua majlis pertunangan ini (siap ada perlantikan..hehe).


my dad is wearing ketayap putih..


Sememangnya ayah boleh dikatakan kurang pengalaman dalam bab-bab ini. Pengalaman dia bertunang pun sekali je.Malam sebelum majlis pertunangan ini, dia sibuk atau lebih tepat buat-buat sibuk mengarang pantun. Kononnya nak ikut adat 100%. Pantun-pantunnya buat kami sekeluarga pecah perut nak gelak.Antaranya :

Gunung daik bercabang tiga,
Masak sebiji di atas peti..

(memandangkan dia menggabungkan 2 pantun yang berbeza, dia tidak dapat menghabiskan pantun ni..hehe..)

Dari Tongkang ke Sepakat,
Ayuh kita berpakat!

(ada ala-ala pantun Jarjit dalam Upin Ipin tak?)

Ada banyak lagi pantun ayah main suka hati dia karang, tapi majlis sebenarnya mereka tak berbalas pantun pun.

P/s : Mungkinkah ayah akan guna pantun ini time Ila tunang???..huhu..

5 comments:

Encik Adie said...

Meghodah hutan mencari kayu,
Kayu dicarik kek hutan balau.
Adat melayu tak boleh layu,
Sok nak nikah kok kacau bilau..

Cewaahhhh...huhuhu

Munirah Ismail said...

ok fine..pengantin lelaki harus r import hadi, nnt berbalas pantun ngn bpk fibi, confirm esk pg x abis ag..HAHAHAHA!

Ila Aqilah said...

hadi x dapek den nak balas pantun ekau...den lomah sket bab2 pantun ni..
choi, elok la tu gamaknya x nikah2..haha..

afiqah abdullah. said...

kalau bersajak?
haha!

Ila Aqilah said...

pqah cukup2la 2..kalau pantun pun bak kata choi smpai sok pg pun x abis ni kn plak bersajak..haha..