Followers

Thursday, December 31, 2009

Home Alone

Pagi ni saya ditinggalkan keseorangan di rumah.
Mak ada mesyuarat di sekolah.
Ayah hantar nenek ke klinik dan 2 lagi adikku ikut sama.
Since I was alone, I had to do all the household chores..yaiy!
Luckily ada radio yang setia memperdengarkan lagu-lagunya.

Sambil buat kerja-kerja rumah ni, terasa seperti ada something yang kurang.
Selepas semua selesai baruku perasan apa yang kurang.
2 jam tidak bercakap.
Padanla rahang mulut ni rasa cam kaku je..haha..

P/s : Since I am talkative, i'm not used with it.

Wednesday, December 30, 2009

Less than a Week!

I only have less than a week to :

# eat mummy's cooking
# sleeep early
# watch television anytime
# serve internet anytime
# play games happily
# spend time with family!

After that, will going back to 'second home'.
Arrgggghhh! Can I hope there will be never ending of a holiday??
(of course I can't..huhu)

P/s : I love my holiday!

Monday, December 28, 2009

Mimpi Khalid Ar Rib'I

Seorang ulama’ tasauf Khalid Ar Rib’i berkata, ketika beliau masuk ke masjid, terdapat beberapa orang yang sedang membicarakan keburukan orang maka beliau pun menegur mereka dan mereka pun berhenti berbicara. Tetapi tidak lama selepas itu mereka berbicara tentang keburukan orang yang lain pula. Khalid Ar Rib’i yang kembali ke arah mereka turut sekali menuruti perbicaraan itu.

Pada malamnya, Khalid Ar Rib’I bermimpi bahawa beliau didatangi seorang yang hitam membawa talam berisi daging babi lalu berkata; “ Makanlah”, Khalid Ar Rib’I menjawab; “ Saya disuruh makan daging babi? Demi Allah saya tidak akan memakannya.” “Engkau telah makan yang lebih keji dari ini!” Orang itu membentak lalu dipaksanya daging babi itu ke dalam mulut beliau sampai beliau terjaga.

Kesan daripada mimpi tersebut, Khalid Ar Rib’I berasa setiap makanan yang dimakan terasa-rasa bau busuknya babi itu dalam mulutnya. Sejak itu, Khalid Ar Rib’I tidak ingin memperkatakan keburukan serta mengumpat orang lain.

P/s : Baca surah al-Humazah, mereka yang mengumpat akan dimasukkan ke dalam neraka al-Hutamah di mana apinya menyala-nyala terus membakar jantung hatinya. Kemudiannya pintu neraka ini akan ditutup rapat mengurung mereka di dalam yang terikat pada batang-batang palang yang panjang melintang.