Followers

Tuesday, October 8, 2013

Merdeka dari UPSR!

Assalammualaikum w.b.t

Berbulan-bulan baru ada kekuatan nak taip blog ni. Eceh. Hehe. Actually ada je masa belek-belek blog ni, blogwalking sana sini tapi nak menaip share macam-macam tak menyempat.

Banyak nak simpan, corat-coret kat sini, tapi hari ni nak bagitau semua yang UPSR dah lepas. 

Motif?? 

Saya ajar kelas UPSR tahun ni. Theeee.

Memperkenalkan 3 orang calon yang sibuk berhempas pulas sepanjang tahun ni!



Buat saya yang pertama kali mengajar Tahun 6 ni banyak sangat perkara baru yang saya belajar. Mungkin ada mereka yang di luar menganggap mudah je ajar setakat 3 orang murid tapi buat saya yang baru dan murid yang serba serbi kekurangan ini merupakan cabaran. Harap bertambahlah input berguna buat saya!

Setakat untuk hari ini, macam biasa masih menghitung hari nak balik berumah! Oyea! 

P/s: Mula free untuk update blog. Tangan laju nak menaip. ;)


Sunday, February 3, 2013

#HappyBirthdayToMe#


Assalammualaikum & Selamat!

Jarang-jarang dah bukak blog, once bukak blog haruslah blogwalking scroll down abis baca semua entri-entri rakan blogger yang terlepas.Isk. 

Untuk tahun 2013 ni kan, saya dah pun selamat genap berumur 2_ tahun pada 20 Januari lepas. Umur wanita ini rahsia boleh? haha. Since kita ni duduk jauh di perantauan, family duk kat seberang Laut China Selatan sana kan, hanya doa dan ucapanlah yang diterima. Menangis kerinduan wo!


*Tengok-tengok! Ayah call Ila via viber gitu! *
Ni first time guna viber itu pun pas ayah call. 
Ayah lagi up to date. Adess.

Untung ada girlfriends yang sentiasa teman saya kat sini. Takde mereka hilang satu kemanisan dah duk kat sini. Dan untunglah ada encik bos kat sini. Ehehe. *berbunga kejap*

Mekacih! (^o^)/

Apa pun kan, saya berharap sangat bila usia semakin meningkat ni, banyak amalan yang bertambah dan diperoleh. Harap sangat apa yang dihajati akan kesampaian. Dan boleh tak mintak sangat dapat pindah mengajar balik dekat dengan family. Harap siapa-siapa yang membaca entri ni mintak doakan saya eh? Doa bebanyak dan banyak! Mana tau rezeki doa kalian, Allah perkenan. Thee.

Nak conteng tulis banyak lagi tapi kan sekarang Aizat ada kat tv9! Hehe okeh babai!

P/s: Seriously still counting days nak balik rumah, and there will be another 4 more days ;) Yeeehhhaaaa!