Followers

Tuesday, February 28, 2012

Sekolah Pertama, SK Sungai Saeh

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Lama dak kamek tak update. Kihkih. Dah pandai sikit cakap bahasa melayu Sarawak. Kau orang boleh? *berlagak untuk sedapkan hati* Hehe.

Alhamdulillah setakat ni saya boleh sesuaikan diri dan terima dengan keadaan kat sini. Overall ok lah. Untuk entri kali ini, saya nak share sikit tentang sekolah. 

Status sekolah saya pedalaman tahap 1. Ni kira pedalaman yang kurang dalamlah. Dia ada tiga tahap pedalaman tau. Kalau dapat pedalaman tahap 3, tu paling dalamlah yang mana air tadah air hujan, elektrik tak ada unless guna generator dan line telefon memang ada tapi dalam mimpilah dan kawasan sekolah  jauh yang amat dari bandar. Kadang nak ke bandar boleh jadi 7,8 jam. Huhu.

Sekolah saya juga dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM). Jumlah murid untuk tahun 2012 ni ada 13 orang. Comel je kan murid sekolah 13 orang. Thee.

Guru-guru yang berkhidmat kat sekolah ini ada 10 orang dan semuanya baik-baik belaka. Mereka banyak sangat membantu dan membimbing saya selama saya yang baru terkedek-kedek ini belajar hidup mengajar di sini. Alhamdulillah.

Banyak lagi nak share, tapi sambung lain kali boleh? Hehe. Sebelum tu meh layan pemandangan SK Sungai Saeh.

*jauh perjalanan, luas pemandangan.*

*bangunan sekolah, vintage kan?*

*sang harimau jaga sekolah, sekolah kau orang ada? ekeke*

*Subhanallah :)*


*Laluan dari sekolah ke kuarters*

*kuarters guru dan tong biru buat tadah air hujan*

Awal mula hidup kat sini memang terasa sangat susah. Semua benda nak buat rasa susah. Rasa nak balik rumahlah, malas nak mengajarlah, semua tak kenalah. Tapi fikir-fikir balik, ada yang lagi susah, lagi teruk dari saya hadapi sekarang boleh je survive. Kadang dah leka dengan hidup senang, sekali merasa susah mula merungut. Huhu. Terima kasih ya Allah, banyak yang Kau dah permudahkan. Bersyukur sangat-sangat.

Alhamdulillah :)

P/s : Tak sabar nak cuti sekolah! Oyea!

18 comments:

kakngah said...

aarrgghh!! advanture nyer....

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Nampak tenang jer suasana sekolah ni..

senanglah nak handle murid tak ramaikan..

Betul..kalau kita fikir kita susah..sebenarnye ramai lagi yg susah kat luar sana...Banyakkan bersabar..Insyallah..moga dipermudahkan segalanye sepanjang ila berada disana...

My Life's Journey said...

Mat pagi dear ..huhu lama dear menghilang tau huhu ..


waaa kat mana ni yunk? mesti sejuk dear kat cni ...tapi pendalaman .. tak pe, nanti dear ditukarkan kat tempat bandar la cikit ye ..


mudahan dipermudahkan ..amin :)

ahsfantasy24 said...

sis!!
bestnya murid sikit,
sekolah kurang murid memang sempoi.
P1? banyak jugak la duit gaji nnt, hehe ^^

Ila Aqilah said...

kakngah, ni baru sikit..haha
tapi kan jalan nak masuk sekolah sini macam roller coaster, berbukit bukau!

Ila Aqilah said...

kak lily, sekolah tenang je..hehe

tu lah, fikir yang senang2 je, tak mau yang susah2..huhu

amiiiinn, tima kasih kak :')

Ila Aqilah said...

umi, ni kat sekolah ila..hehe..nyaman saja..

tu lah mintak dipermuahkan semua..amiiin :)

thanx umi!

Ila Aqilah said...

ahsfantasy, takdelah banyak sangat..ekeke

sekolah akak 100% iban tau, terpinga-pinga gak kalau dengar budak-budak borak..isk

shedameor said...

13 orang tapi sekolah mcm besar je plus cantik sangat ! selamat mengajar kak :)

nuriqa said...

best kan kalo dpt kerja tmpt yg outside dr our regular place..dapat belajar bahasa tempatan..n dpt rasa makanan tempatan..n dpt kawan dgn org tempatan..n pengalaman yg sgt bernilai:)

ReDiculousLy said...

good luck qila...mana2 skola pun ada masalah masing2....even skola yg bkn pedalaman pn akan membuatkan cikgu2nya rs malas nk mengajar...hehe

Ila Aqilah said...

sheda, sekolah ni satu blok je..hehe

thanx sheda! :)

Ila Aqilah said...

tikuk betul! pengalaman tu yang mahal

awal2 bukan main lagi sedih je, tapi sekarang ni ok :)

Ila Aqilah said...

kak elly betul! huhu
harap kita ni konsisten la rajin je mnegajar kan? tak sabar nak cuti sekolah! hehe

Ihsan Arifin said...

be strong kak :)

Sumaiyyah said...

Congrats on your posting! Sekolah awak sangat cantik... :)
Semoga dapat jadi cikgu yang baik. Let's do this!

keroro said...

Ada line celcom x sana?

keroro said...
This comment has been removed by the author.