Followers

Sunday, March 28, 2010

Seminggu Menjadi Guru

Yup! Genap seminggu saya berpraktikal. Seminggu yang sangat kelam-kabut. Seminggu yang sangat penat. Seminggu yang penuh ketakutan. Hehe. Mungkin sebab pertama kali masuk mengajar. Tambahan pula mengajar di sekolah di mana semua pelajarnya lelaki.Huhu.

Seminggu ini saya faham perasaan seorang guru bila :
  1. Guru mengajar di depan, anak murid bermain di belakang.
  2. Guru mengajar, anak murid bising berborak.
  3. Guru mengajar, anak murid tidak faham apa yang di ajar.
  4. Guru beri kerja rumah, anak murid tidak buat.
  5. Guru beri nasihat, anak murid tak nak dengar.
Tapi saya beruntung, kerana anak-anak murid saya sedia menerima saya sebagai guru mereka. Walaupun mereka nakal, tapi mereka masih membuat kerja rumah yang diberi, cuba memahami apa yang guru ajar. Walaupun begitu, saya masih perlu bekerja kuat, memerah otak mencari idea agar mereka seronok dalam kelas saya dan faham apa yang saya ajar.

 *kanak-kanak pandai berposing..hehe*

Ya Allah, lembutkanlah hati anak-anak murid ku, terangkanglah hati mereka. Semoga mereka berjaya di masa hadapan kelak. Amin.

P/s : Baru saya tahu perasaan guru saya. Isk2.

Saturday, March 20, 2010

T-shirt Muslimah

Sekarang, t-shirt muslimah ini mula bertempat di hati ramai kaum wanita. Hopefully, anda bukan memakainya keran 'trend' masa kini tetapi niat menutup aurat kerana Allah. Alhamdulillah.
 
 

Ramai juga yang jadi dealer menolong stockist menjual t-shirt muslimah ini termasuklah rakan seperjuangan saya, Hazwani aka wawa/wer/wani. Ternyata t-shirt muslimah ini bukan sekadar direka untuk menutup aurat, tetapi ia juga selesa dipakai. T-shirt ini terdapat dalam pelbagai rekaan dan corak. Jadi kita ada banyak pilihan untuk memilihnya. Oyea!

*gambar hiasan semata*

Bagaimana kita dapat memilikinya??

Senang sahaja! Sekarang t-shirt ini banyak dijual melalui talian internet. Taip 't-shirt muslimah', berduyun-duyun pages keluar tentangnya. Hehe. Jadi tunggu apa lagi, sila dapatkannya segera!

P/s : Ada sesiapa berminat dengan shawls and japanese cotton. Kawan saya menjualnya. Mahu? Sila pergi sini

Rancangan Mengajar Tahunan

Praktikal semakin hampir. Persiapan masih kurang. Peringatan buat diri saya sendiri. Huhu.

Buat rakan-rakan guru pelatih sekalian, jika anda masih belum mempunyai rancangan pengajaran tahunan yang sangat penting ini, anda boleh memuat turun ia dengan klik sini.

Selamat bertugas rakan-rakan. All the best!


P/s : Mr.Lui, I'll try my best!