Followers

Showing posts with label ...myself.... Show all posts
Showing posts with label ...myself.... Show all posts

Sunday, February 3, 2013

#HappyBirthdayToMe#


Assalammualaikum & Selamat!

Jarang-jarang dah bukak blog, once bukak blog haruslah blogwalking scroll down abis baca semua entri-entri rakan blogger yang terlepas.Isk. 

Untuk tahun 2013 ni kan, saya dah pun selamat genap berumur 2_ tahun pada 20 Januari lepas. Umur wanita ini rahsia boleh? haha. Since kita ni duduk jauh di perantauan, family duk kat seberang Laut China Selatan sana kan, hanya doa dan ucapanlah yang diterima. Menangis kerinduan wo!


*Tengok-tengok! Ayah call Ila via viber gitu! *
Ni first time guna viber itu pun pas ayah call. 
Ayah lagi up to date. Adess.

Untung ada girlfriends yang sentiasa teman saya kat sini. Takde mereka hilang satu kemanisan dah duk kat sini. Dan untunglah ada encik bos kat sini. Ehehe. *berbunga kejap*

Mekacih! (^o^)/

Apa pun kan, saya berharap sangat bila usia semakin meningkat ni, banyak amalan yang bertambah dan diperoleh. Harap sangat apa yang dihajati akan kesampaian. Dan boleh tak mintak sangat dapat pindah mengajar balik dekat dengan family. Harap siapa-siapa yang membaca entri ni mintak doakan saya eh? Doa bebanyak dan banyak! Mana tau rezeki doa kalian, Allah perkenan. Thee.

Nak conteng tulis banyak lagi tapi kan sekarang Aizat ada kat tv9! Hehe okeh babai!

P/s: Seriously still counting days nak balik rumah, and there will be another 4 more days ;) Yeeehhhaaaa!






Friday, October 26, 2012

Balik! Balik Beraya!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Rabu
Pagi-pagi pergi sekolah macam biasa. Dapat je balik, terus balik rumah pom pam pom pam kemas-kemas barang dan puh! Kak Ida dan Kak Hurul sampai jemput kami orang. Hehe. Yea! Journey to the airport. 

Tau tak perasaan waktu tu? Senyum sepanjang jalan. Hehe. 

Sampai je Airport Miri, solat, makan-makan dan tiba masa naik belon! Berlepaslah ke semenanjung, LCCT Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan saya tido sebab kalau boleh bangun-bangun je dah sampai. 

Khamis
Bangun pagi, celik mata, oh saya di rumah. Yea, dah kat rumah! Selepas 2 bulan tak balik, mampu gak saya beli tiket belon balik rumah. Ehehe. Home sweet home!

Jumaat
Tiada yang lagi best melainkan menyambut hari raya di rumah bersama family tau! Selamat Hari Raya buat warga blogger yang lain :)


P/s : Pas ni hitung hari nak balik cuti hujung tahun plak. 

Sunday, October 7, 2012

02.06.2012

Asslammualaikum & Salam Sejahtera

Macam biasa, saya masih, masih dan masih menyesuaikan diri hidup di sini. Sebab tu blog ini sepi je. Hampir setahun dah saya kat bumi Sarawak. Kejap je kan masa berlalu? Dalam tempoh penyesuaian diri ini banyak sangat perkara berlaku dan teringin sangat nak share kat semua! *Walaupun takde siapa nak tahu kan..haha*

Untuk sekian kalinya biarlah saya share yang satu ni;



P/s : Okies, sehingga ke post yang seterusnya!





Sunday, May 6, 2012

19 Hari Lagi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Lama sangat tak update blog, dekat 3 bulan. Bukan setakat tak usik, jengah pun tak. Huhu. Masih mencari kesesuaian diri di tempat orang. Awal hidup kat tempat orang banyak benda yang perlu diuruskan. Alhamdulillah, sekarang dah mula rasa stabil sikit walaupun masih menangis ke homesick kan. Sob3.

Ada rasa rindu nak update walaupun tak tau ada ke tak orang yang nak baca. Haha. Tapi for sure, saya rindu nak ber blogwalking mengetahui perkembangan, kehidupan semasa blogger-blogger yang lain. Thee. Dalam setiap blog ada ilmu yang mereka sampaikan. Cewaahh.

Apa pun, sekarang dah masuk bulan Mei! Ada lagi 19 hari untuk ke cuti sekolah! Maksudnya 19 hari lagi untuk balik rumah. Oyea! 


*Setiap hari menghitung hari. Hehe.*

Dalam masa 5 bulan ini, banyak berita baik yang saya terima dari rakan-rakan tercomel. Hehe. Semoga yang baik-baik untuk kalian. Apa berita baik tu ek? Akan dikhabarkan bila tiba masanya. Baru sweet! Kan?

P/s : Serius tak sabar nak balik Johor!

Monday, January 16, 2012

Cuak Sangat!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sekarang ramai guru-guru seangkatan dengan saya dah sampai sekolah masing-masing mengorak langkah pertama mereka sebagai seorang guru kecuali guru-guru yang dipostingkan ke Sarawak macam saya. Isk. Orang lain dah sampai sekolah, saya masih di rumah. 

Buat masa ni saya masih menunggu panggilan dari KPM untuk tiket penerbangan ke Sarawak. Setakat ni ada yang dah dipanggil untuk penerbangan esok dan lusa. Mungkin saya yang last kot. 

Cuak tu masih ada. Tak dapat bayangkan lagi penempatan saya kelak. Dah dengar tentang tempat rakan-rakan yang dah tahu penempatan mereka di Sarawak, tapi masih blur. Huhu.

Dekat rumah ni since hari first dapat tahu dipostingkan ke Sarawak sampai sekarang, tajuk utama perbualan mak ayah ialah Sarawak. Pastinya mereka risau. Thee. Siapa tak risau tengok mak ayah risau kan? Harap yang terbaiklah. Huhu.

Ya Allah, permudahkanlah urusan saya. Amiiiin.

*En.Bos cek kat KL, nama saya di Subis*

Tuesday, January 10, 2012

Debaran Berakhir

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Debaran Berakhir! Tajuk entri ni kesinambungan entri Berdebar ni. Hehe. Hari Isnin dah pun berlalu dan Alhamdulillah apa yang dinantikan benar-benar berlaku.


Bakal guru PISMP ambilan Januari 2008 lepasan IPG selamat mengetahui penempatan masing-masing dan saya termasuk dalam kalangan mereka. Tahniah semua! 

Saya ditempatkan di Sarawak. Sangat nervous ok. Tapi bila tahu rakan-rakan sekelas majoriti ditempatkan di sini ok lah. Kurang sikit nervous. Mak ayah pun dah boleh terima walaupun pada awalnya sangat kelam kabut. Hehe. Mak ayah, terima kasih!

Rata-ratanya, mereka yang opsyen Matematik ke Sarawak. Mungkin sana kurang benar cikgu Matematik. Kadang cemburu gak kat mereka yang dapat balik negeri sendiri. Hehe. Takpelah kan. Rezeki.

Apa pun, saya percaya ada hikmahnya. Semoga yang baik-baik untuk kita.

Good luck kawan-kawan especially classmates saya. Berkampunglah kita kat Sarawak eh. Thee.

*berjoget untuk pujuk hati*
P/s : Psssttt..hati ni haru biru.



Sunday, January 8, 2012

Berdebar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Terasa berdebar-debar menanti hari Isnin ni. Haish. 

Nak terima result exam pun tak macam ni tau.

Ya Allah, mintak-mintak benarlah apa yang diwar-warkan.

Harapan untuk kami.

Sunday, January 1, 2012

Syukur

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara segar 2012. Moga 2012 akan memberi saya peluang yang baik untuk terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Eceh. Siapa tak mau jadi insan yang baik dan berguna kan, lebih-lebih lagi untuk keluarga. thee.

2012 merupakan tahun yang akan merubah rutin hidup saya daripada seorang pelajar kepada seorang yang bekerjaya. Suatu perkara baru yang bakal dipelajari . InsyaAllah.

Untuk 2011,terima kasih! Sememangnya 2011 merupakan tahun yang akan saya kenang dan tak kan lupa sampai bila-bila. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini. Peristiwa-peristiwa ini banyak mengajar saya erti syukur. Bersyukur dikelilingi mereka-mereka yang sentiasa menyayangi saya, bersyukur atas nikmat-nikmat yang dikurniakan, bersyukur untuk semua perkara. Seperti yang dinyatakan berikut ;

"Bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barangsiapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji."
(Surah Luqman :12)

Saya mengaku, sepanjang saya menjalani kehidupan ini adakalanya saya lalai untuk bersyukur. Kadang-kadang terasa hidup ni dah cukup sempurna sampai lupa nak mengucapkan syukur kepada Maha Pencipta. 

"Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon pertolongan kepada tuhan dengan kembali taat kepadaNya, tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu..." 
(Surah az-Zumar : 8)

Semoga akan datang saya tidak lalai dengan kurniaanNya. Huhu. Takut leka.


P/s : Alfatihah untuk arwah nenek..

Monday, May 30, 2011

Setahun Sudah

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Pejam celik, pejam celik..eh, dah setahunlah! Mood sekarang sangat teruja. Haha. Ok, apa yang setahun? Cuba tanya Encik Bos. Bila kena tanya Encik Bos, rasa dah faham la kan? Hehe

Yup, ini tentang kami.



Tak mintak banyak, tak nak mintak sikit..tak demand gak, cuma nak hubungan ni kekal hingga akhir hayat. Siapa sangka, daripada kawan sekelas hampir 4 tahun sekarang sekelas lagi tapi lebih dari kawan. Haha. 

Seriously, saya tak pandai nak luahkan perasaan dengan romantiknya atau dalam bahasa jawa *dia javanesse, saya mix..haha*. Tapi ikhlas ni; 

Thank you for accepting me as I am.
May our relation will be bless and long lasting till the end. 

Cukuplah, thee..sekian. 

P/s : Who knew.

Tuesday, March 1, 2011

Jom Join Bloglist Blogger Baru


Memandangkan syarat kelayakan menyertai Bloglist Blogger Baru ini ialah
mempunyai follower kurang daripada 300 orang,

makanya, 
saya membuat keputusan untuk join bloglist blogger.

Berikut ialah langkah-langkah untuk menyertai Bloglist Blogger Baru :
  • Buat satu entry yang bertajuk "Jom Join Bloglist Blogger Baru".
  • Masukkan gambar di atas dan linkkan entri ini
  • Lepas siap entri ini, linkkan entri kamu ke sini

Tuesday, February 15, 2011

Cik Non Cik Printer

Dalam jangka masa seminggu ni, Cik Non a.k.a Cik Printer saya asyik meragam. Kejap sihat kejap demam. Adeh!

Hari itu, elok je saya guna Cik Non print isi-isi penting untuk fail praktikum saya. Tiba-tiba, Cik Maziah kawan saya yang sangat comel mahu guna printer. Jadi bagi laluan kat dia jap, tapi dan dan tulah tak boleh nak print. Tiba-tiba je.  Puas saya cuba print banyak kali tapi kertas tak mau masuk print. 

Maka Cik Maziah membuat kesimpulan awal, "Roller dia rosak ni qilah." 

Sambil tersenyum dengan sabar saya menjawab, "Mungkin kot, Cik Non penat ni. Ok kita stop bagi dia rest jap."

Esok, dengan penuh harapan saya try guna Cik Non. Isk. Still tak boleh. Risau ni. Cik Non kena masuk klinik macam kawan dia Cik Can (printer Zaila). 

Jadi petang esoknya saya hantar Cik Non pergi klinik. Sampai di klinik, dengan excitednya saya menceritakan masalah Cik Non yang tak mahu bagi kertas masuk print. Doktor itu mendengar dengan penuh teliti. Habis je dengar cerita saya, doktor pun cek Cik Non. Dengan senangnya, dia kata "Oh, ini senang saje" sambil itu dia mengeluarkan PEN yang terdapat dalam ruang isi kerta. Alah! 

Persoalannya, macam mana pen tu boleh ada dalam printer? Pen siapa? Wahahaha..Malu kejap. Tapi pas tu sambil tahan malu, saya suruh doktor pasang tabung pada badan Cik Non. Setel untuk hari itu. Terima kasih eh Encik Bos.


Saya tenang dan bangga menggunakan Cik Non sampai hari ini. Cik Non meragam lagi. Warna hitam tak mahu keluar dari tabung. Warna hitam dah la warna penting. Banyak cara saya cuba untuk pulihkan keadaan Cik Non tapi masih macam itu. 

Takpelah, mungkin Cik Non ada masalah dalaman. Saya bagi Cik Non rehat untuk beberapa hari. Semoga cepat sembuh Cik Non. Huhu

P/s : Miss printer please be good to me, at least for a year.

Saturday, February 12, 2011

Jumaat yang Padat

Rasa hari ini jadual saya sangat pack. Bermula seawal 6 pagi sampai sekarang. 

Pagi ini macam biasa melaksanakan tugas sebagai guru praktikum bersama-sama partner praktikum yang tengah rajin sangat menjahit. Hmm. Kenapa eh? Tunggu entri seterusnya..hehe..

Pulang je dari sekolah, sempat pergi usrah. Jumpa Ummi, jumpa usrahmate. Alhamdulillah, masih ceria muka-muka guru praktikum walaupun penat. Thee. Kamu semua memang awesome! Perkongsian untuk hari ini tak kurang hebatnya. Terima kasih ummi atas perkongsian untuk hari ini. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk kongsikan sikit apa yang ummi ada kongsi dengan kami. Renung-renungkan =)



*klik gambar untuk bagi jelas dan besar eh*

Sejurus habis je usrah, singgah di Jabatan Matematik menyerahkan tugasan kajian tindakan. Tapi Dr. Salwa takde. Takpelah, dah sampaikan dekat Pn. Aminah. Harap Dr. Salwa dah terima la eh.

Petang ni juga saya dah janji dengan roomate, Cik Zaila dan Cik Maziah untuk keluar. Niat asal nak betulkan printer masing-masing la. Memandangkan printer mempunyai kepentingan kepada kami, nak tak nak kami kena betulkan dia juga. Jadi dengan alasan ini, nak tak nak kami kena keluar juga petang ni. Hehe. Wajib keluar!

Cik printer pun selamat ditinggalkan di 'wad' untuk dirawat. Esok baru boleh jemput balik. Jadi memandangkan ada lagi masa, kami pun berpakat untuk menghabiskan masa bersama-sama. Ecece. Kami menuju ke suatu tempat untuk window shopping. 

*hanya mampu melihat sebab tak mampu nak beli*

*jumpa purse yang siap mangga..haha..
tak siapa boleh amik duit dalam tu*

Tapi bila sampai dalam kedai buku rambang mata la.

*rambang tak mata? Haha*

*Duta buku-buku motivasi*
(sambil tangan ke bahu mata ke atas..haha)

Dah selesai segala urusan dalam tempat ini, kami pun pulang. Sempat gak saya jumpa rakan-rakan bacarz! Diorang celebrate birthday Lizah. Suweeet tak? Dalam sibuk-sibuk masing-masing pun, kawan-kawan tak lupa tau! 
*Lizah bertudung hitam eh*

Happy birthday Lizah! Nantikan entri khas untuk kamu eh. *suspen tak? haha*

Stress macam mana pun kita, ingatlah kita still ada kawan-kawan yang sudi mendengar macam kawan Bacarz saya. Jadi jangan simpan-simpan, pendam-pendam. Luahkan. Percayalah, kaedah ini sekurang-kurangnya mampu mengurangkan tekanan yang biasa dihadapi guru-guru praktikum. gagagaga.

Cukuplah sampai sini. Letih tapi macam-macam saya dapat hari ini. Terima kasih semua!

P/s : Say no to Valentine Day!


Thursday, January 20, 2011

Bayi 3.63kg

Berat sangat ke bayi seberat 3.63kg lahir? Hmm.

Untuk pengetahuan umum, berat bayi normal harus mencapai berat 2.5kg. 2.5kg ini yang normal tau, tak terlampau besar dan tak terlampau kecil. Jadi kalau 3.63kg ni normal ke overweight? theee.

Salah satu fakta tentang diri saya ialah, berat saya sewaktu saya selamat dilahirkan ialah 3.63kg. Huhu. Saya baru sedar, yang berat saya sewaktu itu ialah lebih dari yang normal. Mak cakap saya besar sangat. Susah nak lahir. Memandangkan saya anak sulung, mesti mak tak kisah kan saya berat macam mana pun. Sebab saya cahaya pertama mereka. Terasa macam anak manja sekejap. Jangan jelous adik-adik ila yang comel. Hehe.
Sihat kan? 
Sampai baju pun dah tak muat ish.

Sedikit infomarsi buat kaum hawa yang bergelar ibu atau bakal ibu, pakar-pakar perubatan menggalakkan ibu-ibu pada fasa awal kelahiran untuk makan makanan yang mengandungi fruktosa yang tinggi dan sumber makanan yang paling baik ialah kurma atau dikenali juga 'Bread of Desert'. Salah satu khasiatnya ialah mempercepatkan proses kelahiran bayi. 

Seperti yang kita sedia maklum, tenaga yang dihasilkan fruktosa boleh menguatkan semula badan-badan yang lemah dan tidak bertenaga dalam masa yang cepat. Kurma dapat merangsang otot-otot rahim dengan mengawal dan menguatkan pengecutannya untuk memudahkan proses bersalin. Ini sumber bacaan dari majalah Solusi tau.

Tak sangka saya pernah rasa naik babywalker! haha
*kagum*

Sempena hari saya genap berumur sekian sekian (umur seorang wanita rahsia..haha), saya nak ambil kesempatan ini nak ucapkan jutaan terima kasih buat mak yang tabah melahirkan saya. Cuba bayangkan, mak bawa Ila yang berat ni dalam perut dia selama 9 bulan. Mesti penat kan? Lepas tu nak lahirkan lagi bayi yang terlebih berat ni. Huhu.Terima kasih eh mak. 

Buat ayah yang tolong jaga mak time mak sarat bawa Ila dalam perut ke hulur ke hilir (walaupun mak selalu nafikan..haha), terima kasih juga. Ayah sangat suweet!

*sekadar selingan*

Kasih sayang mak ayah terhadap anak-anaknya memang tanpa syarat ;)

P/s : Terima kasih kepada semua yang tak lupa untuk wish birthday saya dan terima kasih pada awak for making my day =)

Saturday, December 25, 2010

Kain Pertama

Lagi hasilnya..



Setelah belajar jahit baju kurung,
maka haruslah saya meneruskan sesi pembelajaran
dengan belajar jahit kainnya pula.

So far, jahit kain boleh la.
Tak banyak nak gunting-gunting 
macam gunting kain untuk baju.
Tapi masih ada part-part yang agak merumitkan.
Adat orang baru nak belajar.

Menjahit memerlukan ketelitian yang sangat tinggi.
Mak cik saya merangkap guru jahit saya pesan,

"kalau tak ada minat jangan belajar jahit,
buang masa orang mengajar je."

Jadi bila ada minat, perkara-perkara lain datang dengan sendirinya.

=)

P/s : Minat tak jadi cikgu?

Saturday, December 18, 2010

Baju Pertama

Setelah sekian lama menuntut akhirnya inilah hasilnya!




2 baju pertama hasil jahitan sendiri ni.
Jangan zoom! jahitan tak kemas, harap maklum. =p

Mana kainnya?
Untuk pengetahuan umum, saya tak belajar lagi jahit kainnya. Haha.

Tapi jangan risau, saya pasti belajar jahit kain baju kurung.
Sebab saya takkan pakai baju ni tanpa kainnya.
Siapa yang nak pakai baju ni tanpa kain dia kan? isk.

Tapi kan kalaulah disuruh buat lagi satu baju kurung,
memang takkan dapat sebab dah lupa step.
Huhu. Ok, need more practices qilah.

P/s : Mak ayah cakap saya slow learner. Haha.

Thursday, December 16, 2010

2 Kali Setahun

Biasa orang sambut birthday sekali setahun, tapi kami sambut 2 kali setahun. Siapa sangka, saya dan Wani sambut birthday 2 kali tahun ni.  Tak tau la nak rasa berlagak atau pun malu. Haha.

kami mangsa penipuan..isk

Ini semua gara-gara Anis yang tetiba ada hati nak sambut birthday kami awal. Padahal awal tahun ni kitorang kena 'krek' sama-sama. Tak caya, baca sini . Kami celebrate sama-sama lagi. Anis banyak sangat menipu hari tu dan bersama-sama beliau Ira, Mesul dan Syah. Korang memang pandai sangat berlakon hari tu. Serius qilah betul-betul terkejut wei! Haha. Anis, nasib baik kamu tak kena sakit perut betul-betul =p.

Oh ya, kejadian tipu-menipu ini berlaku waktu kami di Putrajaya selepas selamat menghadiri kenduri kahwin Kak Amin dan Abg Hafiz Ahad lepas. Tahniah Kak Amin =). Selingan jap buat pengantin baru. Hehe.

Plan korang memang menjadi. Tempat nak celebrate tak nak sweet plak, depan tasik, atas tangga, bawah lampu. Ecece, tak sangka kamu-kamu ni sweet kan. Hehe. Kek yang sedap sangat-sangat sampai Wani yang mengidam cupcake pun lupa cupcake lepas makan kek tu. Thee. Terima kasih. Touching. Isk3. Next year sambut lagi eh. Haha

siapa ntah yang potong kek comot.

P/s : Lupa nak bagi kek kat bos. Thee..Sorry bos =(

Sunday, December 5, 2010

Cuti oh Cuti

6 minggu saya bercuti. Panjang tak? 6 minggu ni gak saya banyak menghabiskan masa kat rumah. Tak berminat nak amik kerja part time kat luar jadi saya buat part time sendiri kat rumah jadi suri rumah. Haha. Haruslah tolong mak kat rumah. Tolong ringankan kerja mak. Bukan senang nak buat kerja rumah. Kan mak kan? 

But still saya ada perancangan saya sendiri sepanjang cuti ni. Antaranya;

Saya belajar menjahit. Fuuh. Caya tak caya? Ok kelas menjahit akan bermula minggu depan. Belajar dengan makcik. Senang nak deal. Hehe. Good Luck Aqilah! 

*kain yang bakal jadi mangsa saya =p*

Belajar memasak. Yup ni ongoing process. Tiap kali balik rumah memang saya ada kat dapur. Tapi kali ni nak try masak macam-macam. Kalau boleh nak try masak muffin, kek, kuih dan lain-lainlah. Sedap tak sedap nasib badan yang kena makan. Haha.

Lagi, saya sedang gila tengok cerita Hana Kimi versi Jepun. Tak taula tajuk dia ni betul ke tak tapi rasanya memang ni la tajuknya. Jadi dalam cuti ni saya akan habiskan cerita ni. By hook or by crook kena abiskan gak. Cerita siri cam ni tak boleh nak tangguh-tangguh. 


Cuti macam ni gak saya amik peluang membaca sebanyak yang mungkin. Memang itu hobi pun. Ceh, lame hobby. Hehe. Terbaru, Tqa ngan Afiq promote komik, Lawak Kampus dan Eli. Komik pun satu bahan bacaan.

Menghabiskan masa main sudoku. Addicted wei! Dah habis sebuku ni, duk padam buat balik, padam buat balik sebab nak tunggu beli buku baru tak beli-beli. Ada sesiapa nak sponsor? ;)



Banyak lagi benda nak buat. Tapi cukuplah setakat ini. Perkara lain yang biasa saya buat akan diteruskan macam biasa. Harap cuti ni akan dimanfaatkan sebaiknya =)

P/s : Cuti kedua terakhir sebelum jadi guru sepenuhnya.


Thursday, November 18, 2010

Terima Kasih

Saya sangat suka ucapkan perkataan ini. Terima Kasih. Dan saya rasa orang yang menerima perkataan ini juga pasti suka untuk mendengarnya.Terima Kasih.

Oh ya sebelum meneruskan entri kali ini, rasanya tak terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat seluruh umat Islam di dunia ini. Selamat Hari Raya =).

Pastinya entri kali ini berkaitan dengan tajuknya. Terima Kasih. Hehe. Saya nak ucapkan terima kasih kepada En.Dzulfadli sebab sudi tumpangkan saya balik (agak skema kan? haha). Tak lambat kan qilah ucap terima kasih? hehe. Terima kasih gak sebab bawa kami sarapan bersama. Sarapan terakhir sebelum meninggalkan IPG tercinta untuk tahun 2010. Sarapan bersama-sama Cik Zaila, Cik Athalia, Cik Dekyah, Cik Hazwani dan Cik Diyana. Terima kasih kalian.

Tahun 2010 merupakan tahun terakhir buat senior kami di IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Saya nak ucapkan terima kasih buat mereka. Sebab tanpa mereka, belum tentu kami lepas MQA. Hehe. Kalian benchmark kami. Kalian juga penggerak kami. Kalian juga pembimbing kami. Eceh. Terima kasih. Tak lupa special thanks buat Kak Ha dan Kak Nadia yang sponsor barang dapur Zaila dan saya untuk tahun depan. Haha. Terima Kasih. Moga murah rezeki kalian semua.

Last but not least, terima kasih khas daripada saya untuk my dearest roommate, Zaila. Terima kasih Zaila. Mesej daripada kamu buat saya touching tapi honestly, qilah tak pernah rasa bengang atau marah dengan kamu. Hei, qilah mengalah bukan bererti qilah kalah bertekak dengan kamu. Haha. Tak kisahlah siapa yang suka cari gaduh kan, tapi qilah memang suka gaduh dengan kamu. =)


P/s : Dah mula rasa bahang perpisahan bila tengok senior pergi.Isk. =(

Monday, September 6, 2010

Can You Still Accept Me?


 Hey,
I am not a perfect woman,
Can you still accept me?

Hey,
I am not a good person,
Can you still accept me?

Hey,
honestly I can accept you,
no matter who you are.


















p/s : I am not good at writing a poem, can you still accept it?


Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa 1431H


Alhamdulillah, hari ini, 1 Ramadhan saya masih dipanjangkan umur untuk terus bersama-sama berpuasa di bulan Ramadhan. Terima kasih ya Allah.

Sekadar ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas. InsyaAllah.



Selamat Hari Raya