Followers

Monday, May 17, 2010

Happy Teacher's Day

Oleh kerana semalam hari Ahad, kami bakal guru menyambut hari bermakna bagi kami pada hari ini. Selamat Hari Guru khas buat semua guru yang pernah mengajar saya, rakan-rakan guru pelatih dan mereka yang pernah berkongsi ilmu bersama saya. Buat mak, ayah..kamu guru yang paling banyaaaaaaaaaaakkkk mengajar serta mendidik saya! Terima kasih!

Menjadi kewajipan buat kampus kami untuk meraikan hari yang bermakna ini. Memandangkan kampus ini merupakan tempat di mana guru-guru akan dilahirkan, pelbagai aktiviti dijalankan baik untuk para pensyarah juga guru pelatih. Seronok melihat gelagat mereka yang terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Malangnya tiada gambar untuk dikongsi..isk..

Selamat Hari Guru!


No comments: