Followers

Tuesday, September 20, 2011

Puan Fasihah, Tahniah!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Berjumpa kembali dalam ruangan blog yang memang dah lama tak update ni. Thee. Sebab dah lama tak update ialah sibuk dengan tugasan-tugasan dan program-program yang dirancang dan tak terancang dan hari ini saya nak share berita gembira. Jadi perlulah update! Thee.

Berita gembira ini melibatkan sahabat baik saya, Fasihah a.k.a Fye. Fye ni kawan baik, sangat-sangat baik waktu sama-sama kat sekolah dan sampai sekarang :)

*Ni gambar zaman sekolah dulu..Innocent kan?*
haha

Apa yang menggembirakannya ialah dia selamat diijabkabulkan dan sah menjadi isteri kepada encik suaminya. Ekeke.

 *Banyak beza dulu dan sekarang.*

Saya sempat menghadiri majlisnya belah pihak lelaki di Melaka. Berbekalkan sekotak hadiah, saya menuju ke Melaka dengan menaiki bas kegemaran, KKKL. Haha. Tanpa bas ni tak sampai tau Melaka. Sesampai je di Melaka, cik Pearl jemput bersama-sama encik Azfa. Kat Melaka ni lah janji jumpa dengan cik Ruby dan cik Iza.


*Terima kasih Pearl & Azfa :)*

Bila semua dah ada kami terus bergerak ke dewan nak jumpa pengantin. Tak sabar! Haha. Tapi tak sia-sia lah tak sabar sebab memang dapat jumpa pengantin. Mereka tengah makan beradab kot time tu. Dan tadaaaa!

*Jumpa pun pasangan pengantin yang dirai :)*

Dalam majlis ni saya jumpa cik Mimi dan cik Illiana. Kawan-kawan sekolah yang bertahun-tahun tak jumpa. Masing-masing tak berubah. Seronok jumpa mereka! Serius! Kecoh je sepanjang majlis ni. Haha

 *Illiana, Pearl, Saya, Ruby, Iza*

*Cik Syamimi!*

Kami dapat meja VIP tau. Makanan siap serve, meja betul-betul depan meja pengantin. Hehe. Rasa macam tetamu VIP betul. Terima kasih :)


*Keluarga pengantin perempuan*

Berjuta tahniah buat puan sahabat. Moga hubungan kalian kekal hingga akhir hayat. Sangat excited tau time tulis ni, cam caya tak caya je kau dah kahwin! Apa pun tahniah :)

P/s : Fye sempat cakap, majulah baju kurung sebagai baju pengantin. Haha. I like!

Monday, August 29, 2011

Jangan Lupa Namaku

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Siapa tengok cerita Ramadhan Terakhir? Cerita tu main kat TV3 pukul 10.30 malam. Ala yang pelakon perempuan dia adik Fauziah Ahmad Daud a.k.a Ogy tu. Tak tengok? Tak tengok takpelah. Cerita tu pun dah abis. Tengok poster dia je la eh. Thee. 


Cerita dia ok, para pelakon dia sangat menjiwai watak tapi saya tak mau ulas pasal cerita ni. Saya nak cerita pasal ost drama bersiri ini. 

Lagu untuk drama bersiri ni best! Nak dengar boleh dengar kat video ni.


Yang nyanyi lagu ni ialah Pompa Bensin. Tak kenallah siapa tapi sat lagi saya try search. 

Apa pun, moga kita bertemu Ramadhan tahun depan. InsyaAllah.

P/s : Selamat datang Syawal.

Sunday, August 28, 2011

Pre Raya Photoshoot

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum cuti hari tu kami sekelas sempat buat pre raya photoshoot. Ingat wedding je ada pre wedding photoshoot? Raya pun adalah! hehe.

Dah final sem ni, semua aktiviti, event ke apa ke mesti nak kena ada dokumentasi. Ye la, nanti dah keluar boleh tengok-tengok balik sambil nangis-nangis. Isk. *over*

Jom-jom, tengok hasil tangan photographer classmate kami ;)

*Selamat Hari Raya*


*Mintak ampun, mintak maaf..*









Excited tak kami?
Puasa last kami di bumi Temenggong ;(

Semoga setiap amalan puasa kami diterimaNya

Daripada Abu Hurairah r.a bersabda;
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ;
" Allah berfirman; Setiap amalan manusi itu untuknya kecuali puasa. 
Ia untuk Ku dan Aku yang memberi ganjarannya."