Followers

Monday, August 29, 2011

Jangan Lupa Namaku

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Siapa tengok cerita Ramadhan Terakhir? Cerita tu main kat TV3 pukul 10.30 malam. Ala yang pelakon perempuan dia adik Fauziah Ahmad Daud a.k.a Ogy tu. Tak tengok? Tak tengok takpelah. Cerita tu pun dah abis. Tengok poster dia je la eh. Thee. 


Cerita dia ok, para pelakon dia sangat menjiwai watak tapi saya tak mau ulas pasal cerita ni. Saya nak cerita pasal ost drama bersiri ini. 

Lagu untuk drama bersiri ni best! Nak dengar boleh dengar kat video ni.

video

Yang nyanyi lagu ni ialah Pompa Bensin. Tak kenallah siapa tapi sat lagi saya try search. 

Apa pun, moga kita bertemu Ramadhan tahun depan. InsyaAllah.

P/s : Selamat datang Syawal.

Sunday, August 28, 2011

Pre Raya Photoshoot

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum cuti hari tu kami sekelas sempat buat pre raya photoshoot. Ingat wedding je ada pre wedding photoshoot? Raya pun adalah! hehe.

Dah final sem ni, semua aktiviti, event ke apa ke mesti nak kena ada dokumentasi. Ye la, nanti dah keluar boleh tengok-tengok balik sambil nangis-nangis. Isk. *over*

Jom-jom, tengok hasil tangan photographer classmate kami ;)

*Selamat Hari Raya*


*Mintak ampun, mintak maaf..*









Excited tak kami?
Puasa last kami di bumi Temenggong ;(

Semoga setiap amalan puasa kami diterimaNya

Daripada Abu Hurairah r.a bersabda;
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ;
" Allah berfirman; Setiap amalan manusi itu untuknya kecuali puasa. 
Ia untuk Ku dan Aku yang memberi ganjarannya."

Saturday, August 13, 2011

Kabin Kami Banjirlah!


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Pada satu hari yang sejuk, ditemani hujan lebat, bakal-bakal guru Bacarz ini sibuk belajar dalam kabin. Angin kuat bertiup, hujan makin lama makin lebat. Sesi kuliah hampir tamat dan tiba-tiba;

" Eh banjir lah!"

Semua pandang ke luar tingkap kabin.


Punya lah khusyuk, fokus belajar sampai tak sedar air dah naik. Tinggi gak tahap fokus kami kan? Ekeke. Longkang pun dah tak perasan mana satu tau. 

Paling teruja tengok pensyarah-pensyarah kami kongsi satu payung. Sweet gitu! Thee.


Sepanjang 5 tahun setengah kami belajar kat sini, baru hari ni kami merasa redah banjir. Kami kata, ini kenangan manis yang boleh kami kenang lepas habis belajar kelak. 





Dah macam kanak-kanak ribena dah masing-masing. Terima kasih Allah limpahkan hujan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah :)

P/s : Comel lah doodle-doodle blogger!

Wednesday, August 3, 2011

Eh Jerawat!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

" Eh Qilah, asal jerawat naik ni?"

"Dulu tengok muka elok je, ni kenapa tetibe naik jerawat ni?"

"Qilah kuat berangan wei, jerawat banyak tu..ekeke.."


Dah lali dah dengan pertanyaan dan penyataan macam ni. Kadang-kadang rasa macam rendah diri sangat disebabkan jerawat. Oooppss, sorry Cik Jerawat, bukan bermaksud nak menyakitkan hati kamu tapi tu lah hakikat. Perempuan dan jerawat tak secocok. Ramai yang beranggapan macam ni termasuk saya. 

Macam-macam produk saya guna untuk menghapuskan Cik Jerawat. Sampai satu masa dah naik letih, putus asa mengenangkan susahnya nak menghapuskan Cik Jerawat. 

Bila fikir-fikir balik, betapa runsingnya saya memikirkan hal Cik Jerawat tapi pernah tak saya berasa sangat runsing bila mengenangkan amal yang ingin dibawa ke akhirat. Istighfar kejap. Saya terlalu ingin mengecapi kecantikkan dunia sehingga lupa keindahan akhirat.

Baru-baru ni saya terbaca artikel Fatimah Syarha dalam majalah Solusi Isu 32. Di dakam artikelnya ada mengatakan ;

"Orang yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada sentiasa resah memikirkan nasib diri. Kesannya, mereka merintih dan menyesali, membanding sehingga akhirnya merendah diri bahkan sehingga hilang keyakinan dan mungkin menjadi pendengki."

Ya Allah, minta dijauhkan. Sesungguhnya setiap kejadian Mu ada maksud tersirat disebaliknya. Banyakkan memuji, mengingati-Nya. Insya Allah hati menjadi tenang. 

Allah berfirman yang bermaksud;

" Segala puji bagi Allah yang memelihara apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bagi-Nya segala puji di akhirat. Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
(Surah Saba' 34:1)

Peringatan buat saya. :)

P/s : Manis pe ber Cik Jerawat! Hehe


Wordless Wednesday Day #3

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Ce tengok kami amik gambar dengan siapa?

Bangga kejap!
Haha.

Ok dah cukup!
Tata..ekeke.

P/s : Selamat menjalani ibadah puasa semua! :)
P/s/s : Khairul Fahmi Che Mat