Followers

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday Day #1

Assalammualaikum & Salam Sejahtera



Watched Nanny 911 with Syahira Shukri
at NTV 7 from 9.00pm-930pm.

Interesting!

P/s : Ilmu didik anak ni..ekeke.
P/s/s : Ada game Nanny 911 gak lah!

Cinta Terlarang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Semalam sempat saya menghadirkan diri ke ceramah Ustaz Nahi. Terima kasih kawan-kawan yang turut sama hadir. Ceramah kali ni berkisar tentang cinta dan tajuk ceramah yang diberi ialah Cinta Terlarang. Ini sempena Minggu Penghayatan Islam anjuran PERMATA al-Jawaher kampus kami.

Kat sini nak kongsi sikitlah dengan pembaca sekelian antara input yang saya dapat semalam. InsyaAllah boleh jadi panduan buat kita. Thee. 

Seperti yang kita tau, Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan dan salah satunya ialah menyukai pasangan yang berlainan jantina.

Sungguhpun begitu, masih terdapat peraturan yang ditetapkan Islam untuk bercinta menyukai pasangan masing-masing. Tujuan Allah menetapkan peraturan ini kerana :

  • Allah sayang dan mencintai manusia ciptaanNya
  • Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan umatnya.
Antara cara bercinta menurut Islam ialah :
  • dengan tujuan untuk berkahwin
  • mohon keizinan wali untuk menyatakan cinta melalui pertunangan
  • kenali hati budi dalam tempoh pertunangan
  • menjaga batas syariat
  • mohon bantuan Allah melalui solat istikharah

Terdapat 3 peringkat bercinta iaitu cinta sebelum kahwin, cinta selepas bertunang dan cinta selepas berkahwin dan semestinya cinta selepas berkahwin itu cinta yang dituntut Islam. 

Bila dengar ceramah ni teringat pula kat sahabat, Cik Fasihah yang sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka yang baru dia kenal. Itu pun kenal sewaktu merisik pas tu terus tunang. 

Teringat kata-kata dia, kalau benda baik, insyaAllah, Allah akan permudahkan. Semoga semuanya berjalan lancar eh Cik Fasihah :)

P/s : Tiba-tiba kita plak terasa nervous kan? haha.


Tuesday, June 28, 2011

Minggu Penghayatan Islam

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menempuh minggu kedua bagi semester 8 ini. Terima kasih Allah. :) 

Hari ni nak kongsi sikitlah, PERMATA Al-Jawahir IPG Kampus Temenggong Ibrahim sedang menganjurkan Minggu Penghayatan Islam dan Kempen Menutup Aurat. Berikut merupakan tentatif program untuk seminggu ni.

 

Tentatif program ni ditampal di semua blok kediaman. Siapa yang duduk di luar kampus memang tak kan nampak lah tentatif ni. Hehe. Tapi takpe, boleh refer sini.

*Kempen Menutup Aurat*

Poster dia sangat menarik kan? Harap kempen ni bukan sekadar kempen je la. Kita jalankan sama-sama eh wahai muslimat. Kan menutup aurat tu wajib. Kan? Kan? Kan?

Tahniah  PERMATA! Semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat sambutan baik daripada warga kampus. Amiiiin :)

P/s : Jom ceramah Ustaz Nahi malam ni :)


Monday, June 27, 2011

OMG Sepah!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Maharaja Lawak dah habis. Jumaat yang lepas merupakan persembahan final. Antara peserta yang berjaya ke final ialah Sepah, Jozan, Nabil dengan Jambu.

Nak teka siapa yang memegang title Juara Maharaja Lawak 2011? Tak payah teka, mesti dah ramai yang tau. Fenomena kot Maharaja Lawak ni. Kelakar ok! Hehe. Kumpulan Sepah yang pegang title tu dan saya rasa mereka deserve title tu sebab persembahan diorang konsisten lawak. Lagi-lagi Jeff tu, muka tak nak pula selamba. Haha.

video
*ni antara yang terkelakar*

Sepah lawak dia penuh dengan unsur-unsur kemelayuan kot. Bestlah. Walaupun kadang-kadang macam tak kena tempat tapi overall boleh diterima lah. Thee. Saya fan Sepah boleh? 

P/s : Ada Maharaja Lawak 2 ke?

Sunday, June 26, 2011

Lawatan dan Ziarah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Lawatan dan ziarah cam sama je kan maksudnya tapi sebenarnya berbeza tau. Sila rujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka untuk jawapan yang lebih terperinci eh. Entri ini kesinambungan dari entri yang lepas. Entri tentang Kabin 1 tu. Hehe.

Semalam, sempat kami buat rancangan adhoc untuk menziarah keluarga sahabat kami, Nurul Norsilah di Batu Pahat. Silah baru kehilangan ayah, jadi kami ingin menziarah dan buat tahlil ringkas untuk arwah ayah dia. Al-Fatihah untuk arwah ayah sahabat kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amiiin.

*rasa macam baru semalam je datang beraya rumah Silah*
Silah dan mak dia yang 2 kanan 

Kunjungan kami disambut baik oleh mak dan adik beradik Silah. Memang betullah, orang Jawa tak kan mengecewakan tetamu. Walaupun niat asal kami tak mahu menyusahkan family tapi tengoklah apa yang dihidangkan mereka. Macam-macam juadah tau. Segan, tapi makanan dah tersedia kan, kita makan je lah. Bak kata Anis, rezeki jangan ditolak. Thee.



*sedap sampai biji durian pun nak telan..haha*

Lama gak kami duduk di rumah Silah, sempat jumpa keluarga Nurul Hidayah Isnin, comel-comel je keluarga dia. Sempat gak lah berehat bagai,siap adik Silah pasangkan movie Karak lagi untuk kitorang. Tima kasih Silah sekeluarga :)

Alang-alang dah sampai Batu Pahat, kami brainstorm lah tempat menarik nak lawat lepas ziarah keluarga Silah. Bincang sana bincang sini, kami decide untuk ke Air Terjun Sungai Bantang, Bekok. Teruja gak la. Mana tak teruja, ada antara kami yang bertahun-tahun tak pernah jumpa ayam, eh silap-silap! Bertahun-tahun tak pernah pergi air terjun. Haha. Jakun dah semua jumpa air terjun. Best!



*ihsan gambar google*

Lepas dah penat meneroka alam, kononnya lah, haha, ahli rombongan ni singgah rumah saya jap. Tumpang solat maghrib dan rehat-rehat sambil pekena mee hailam. 

Kat sinilah zoo free. Yang tak kenal ayam, dah kenal ayam, yang tak pernah nampak anak burung dah nampak anak burung. Nasib baik time maghrib semua haiwan dah balik rumah masing-masing. Kalau tak boleh jumpa biawak, monyet, itik pulang petang, macam-macam lagilah. Kampung lah kata kan. Ekeke.

*anak burung ni sangat lapar tau*

Dah siap makan, kemas semua, kami pun mintak izin bertolak pulang. Mak ayah, Ila balik JB eh? Ingatkan hangatnya trip kitorang dah selesai. Rupa-rupanya tidak. Sampai kat highway Machap, jalan jem. Kereta tak bergerak langsung dekat sejam wei. Rupanya, tak jauh dari tempat kami berhenti tu ada kemalangan. Kami nampak asap kepul-kepul tau. Kira kemalangan tu baru berlakulah. Semua orang dah keluar kereta masing-masing nak tengok kemalangan kat depan tu termasuklah 2 orang rakan kami, Malek dan Man.

Nak dijadikan cerita, sedang 2 orang mamat ni pergi berjalan konon-kononnya nak usha-usha tengok keadaan kemalangan kat depan tu, tiba-tiba semua kenderaan pun bergerak sebab polis dah sampai nak bagi tolong elak kesesakkan. 

Apa lagi, kereta masing-masing pun bergeraklah tanpa boleh menunggu mamat 2 orang ni. Ha amik kau! Berlari-lari masing-masing pergi cari kereta masing-masing. Haha. Malek sempat naik kereta tapi Man tak. Bayangkanlah tengah-tengah highway yang sesak ada orang berlari-lari cari kereta. Nasib baik jumpa! Dah menjertit-jerit masing-masing panggil member tertinggal ni. Sampai ada yang kata, ni nak shooting cerita Karak 2 ke apa ni? Haha.

*bayangkanlah diorang berlari tengah-tengah kenderaan sesak*
apa pun boleh!

Tapi kan walaupun trip ni satu hari je tapi seronok. Terima kasih Allah sebab bagi kenangan manis ni untuk final sem kami kat sini :)

P/s : Lepas ni nak lawat mana?

Kabin 1

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Minggu pertama semester 8 ini telah selamat dilalui. Minggu pertama ni pun dah macam-macam peristiwa dah berlaku. Peristiwa kereta dirantai, kereta disaman, dimarah pensyarah, peristiwa 'sgm' *Dekyah dan Wan di prank*, result exam, kisah konvo dan kisah semalam.

Kisah semalam best! Serius, semalam short trip yang bestlah! Entri lain kali saya kongsi eh? Ada kisah zoo free, Man lari-lari di highway dan macam-macamlah. Ni baru seminggu dah macam-macam, tak tahulah minggu-minggu seterusnya. Harap akan datang lebih baiklah. Hehe.

*prank birthday lah..thee*

Tak dapat nak  stay kat Kabin 3 lagi sebab kali ni kelas kami kat kabin 1. Isk. Tata Kabin 3, kami pergi kabin depan tu je eh? Takpe kan? Jangan risau, hari-hari kami skodeng kamu. Ekeke. 

*excited je nak masuk kabin*

Duduk kat Kabin 1 tak banyak beza pun dengan duduk dalam Kabin 3 sebab dua-dua ni kabin. haha. Tapi input yang kami terima semestinya berbezalah. Untuk permulaan semester ni, kami akan stay selama dua minggu belajar dalam Kabin 1 lepas tu kami akan pergi internship dekat sekolah masing-masing. Internship akan berlangsung selama sebulan bermula 4hb Julai hingga 29hb Julai. Good Luck eh! 

Internship bukan waktu senang lenang goyang kaki tau, ada la kerja kena buat jadi sila buat-buat rajin. Pihak sekolah akan evaluate kita. Jadi buatlah terbaik yang mampu. Thee.

Lepas habis internship ni, duduk balik dalam Kabin 1 habiskan semua kredit hour dah fuuh hampir tamatlah semester ni. Lepas tu dah boleh posting. Johor! Nak balik Johor! Teruja ni!

Semoga warga-warga tersenior kat kampus ni tabah mengharungi semester ni. Se ma ngat!

*jauh tau..ekeke*
P/s : Dah boleh countdown ke? isk ;(

Wednesday, June 22, 2011

Ayah!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari tu yang lama dulu Hari Ibu, hari semalam, semalam, semalamnya lagi Hari Bapa. Tapi kan sebenarnya hari-hari hari buat merekalah. Kan? Kan? Kan?

*ayah kata nak bergambar kena buat peace atas kepala orang*
adehh!

Ayah selalu cakap;
"Sekarang susah nak cari lelaki baik, 
kalau ada pun ayah je la..hehe"

Saya rasa, lelaki-lelaki kat luar sana boleh berguru dengan ayah.
Haha.
Gurau je!

Ayah  tetap terbaiklah!

P/s : Patut tengok respon mak bila ayah cakap camni. Thee :)

Saturday, June 18, 2011

Tak Terlepas Juga

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kejap je dah hari Sabtu, esok dah mula gerak balik kampus tercinta. Haruslah bersemangat, final sem ni. Thee. Se Ma Ngat! 

Sorakan semangat dah dilaung. Ok, mane itu encik semangat? Saya tunggu awak eh, esok mesti dah sampai tau! *merapu*

Nanti bila dah balik mesti jarang tengok muka mereka berdua. Isk. 

Ila main-main je
jangan marah eh nanti nampak tua :p

2 hari lepas, tengah duduk-duduk online mak datang. 

"Ila nanti downloadkan episod akhir Nora Elena. Mak nak tau ending dia."

Tak lama lepas tu, ayah datang plak;

"Ila, kau ada download Maharaja Lawak tak? Nanti sebelum balik simpankan kat laptop ayah. Ayah nak tengok. Best kan?"

Oh, tak terlepas juga mak ayah daripada fenomena tv sekarang. Haha. Baiklah. Ila tengah tunaikan. Suka tak? 

P/s : Apa pun boleh! :)

Thursday, June 16, 2011

::Words 16::


Beware of the sweetness,
It might hurts you silently..
aucch!


*gambar hiasan semata :p*

P/s : Love me, myself and I

Wednesday, June 15, 2011

Contest Friends Forever

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Lama tak update blog. Thee. Lama ke? Hmm.

Update-update je nak join contest. Terima kasih Cik Chempakasari sebab sudi tag saya. Hehe. Masa untuk menunaikan tag ini!

Buat entri bertajuk Contest Friends Forever
Letak banner kat bawah ni dan linkkan ke shafmechy.blogspot.com


Letak gambar bersama rakan-rakan dan ceritakan sedikit tentang gambar tersebut.

Macam saya buat ni :)


Ini gambar saya dengan gadis bacarz. Mereka classmates saya untuk 5 tahun setengah. Lama tak? Terlama pernah saya ada. Hehe. 

Ok, gambar ni diambil waktu kami berbuka puasa sekelas tahun lepas. Menariknya kami berbuka di dataran yang ada menara jam, Johor. Rasanya, kelas kami je buka puasa kat situ, Takde orang lain. Awesome tak awesome kitorang? Ekeke.

Sepanjang saya bersahabat dengan 9 orang gadis-gadis ni, macam-macam kami telah lalui. Baik yang pahit atau pun yang manis. Kami berselisih faham baik balik, kami menangis, ketawa, menyanyi, berlari..hehe..semua kami lalui sama-sama.  Banyak benda saya belajar daripada mereka. Kepercayaan, kejujuran, erti persahabatan, tanggungjawab dan semualah. Kenangan bersama mereka kenangan paling terbaik pernah saya ada. :)) *touchinglah mengenangkan ni sem last kita..isk.*

Apa pun, harapnya hubungan persahabatan ni kekal hingga ke akhir hayat hendaknya. Amiiin. ;)

Tag 3 orang rakan dan saya tag :

Letakkan gambar baju yang kamu suka macam ni :


Tarikh tutup penyertaan:
19 Jun 2011; 11.59 malam

P/s : Tuah gadis bacarz siapa tahu. Thee.

Saturday, June 11, 2011

Birthday's Bingka Labu

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Siapa tak pernah makan bingka labu? Kesian. Ekeke. Kuih ni bukanlah kuih kegemaran saya time kecik-kecik dulu. Ia termasuk dalam list kuih yang saya kurang suka. Haha. Tapi bila dah besar ni dah pandai merasa, menilai *eceh* terasa kuih ni sedaplah, nak makan lagilah, tak cukup satu lah, macam-macamlah.

Hari tu sempat gak try buat bingka labu ni dengan mak. Itu pun selepas terjumpa sebiji labu dalam peti sejuk. Ce cuba resepi ni.

Bahan-bahan
1 biji labu
3 senduk tepung gandum
2 senduk gula
1/3 camca garam
3/4 mangkuk santan
2 biji telur

Cara-cara Membuatnya
Kopek dan potong labu dan kemudian, rebuskannya sampai ia empuk

Sementara tu, gaulkan tepung, gula, garam, santan dan telur.

Labu dah empuk, toskan dan lenyekkan ia.

Lepas tu masukkan bahan yang dah digaul tadi dengan labu yang dah dilenyekkan.

Gaulkan bahan-bahan ni sekali

Dah gaul dengan rata, tuang dalam loyang dan bakar

Bakar dengan suhu 200*C selama 40 minit.


Dah masak, boleh hidang :)

P/s : Sesiapa yang lahir bulan Jun, asik makan kek je..nah Birthday's Bingka..Hehe

Thursday, June 9, 2011

Entri Nurul Hidayah Isnin

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Lagi sekali entri special untuk akak eh silap-silap, untuk adik manis Nurul Hidayah Isnin, pemilik bog Ojo Lali Mampir. Tak faham? Takpe, itu bermaksud awak bukan jawa. Ekeke.

Sempena hari ni, 9 Jun, saya nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 25 eh silap-silap! Yang ke berapa Dekyah? Isk. Tak kesahla, apa yang Qilah tau umur kamu sentiasa lagi tua daripada Qilah. Haha. Ini kata dia lah. Happy Birthday Dekyah!

Dekyah kawan sekelas, seblok dan searas saya di IPG tercinta ni. Kalau kat blok dia ketua blok, tapi kat aras saya ketua aras dia. Jadi siapa yang lebih berkuasa sekarang? Hmm. Ce fikirkan. 

Sepanjang saya sekelas dengan dia, kami banyak buat kerja sama-sama baik groupwork and pairwork. Saya senang kerja dengan dia.

*sangat komited dengan kerjanya :)*

Dia seorang yang sangat aktif tau. Kadang-kadang sampai terlebih aktif. Non-stop pecicilan. Hehe. 

Khas untuk Dekyah, tima kasih sebab jadi kawan yang baik, kawan yang sangat-sangat baik. Semoga Allah sentiasa memberkati kamu. Semoga Allah juga sentiasa memberkati umur kamu, dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh yang baik sepadan dengan kamu dan mendapat kebahagiaan dunia akhirat. InsyaAllah. Amiin.


P/s : Kawan sama tinggi. Haha.

Ruby :)

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Sebelum tu, sila baca post ni banyak kali eh Cik Izaty a.k.a Ruby. Dah loya pun kena baca balik tau! Ini arahan :p

Selingan jap..Kenapa a.k.a Ruby?? Sebab nama panjang dia Rubilium. Haha. Kakak dorm dia bagi nama dia cam ni nak buat cam ne kan? Junior kena ikut cakap senior tau. Thee. Ok miss those moments especially orientation week. Sangat kelakar! Wahahaha.

Back to begin, tujuan Fibi tulis entri khas ni sebab kamulah Ruby! Thee..Happy Birthday Hazrul Izaty! At last, kita dah sebaya balik! Fibi ingat tau nak tulis entri pepanjang ni untuk kamu. 

Siapa tak kenal Acik Ruby? Meh saya kenalkan. Dia merupakan kawan terbaik dalam kalangan terbaik yang pernah saya ada. ecece. Saya kenal dengan dia since Form 1 lagi. Masa tu dorm kami sebelah je dan kami sekelas. Dalam kelas pun kami duk sebelah-sebelah je, pergi makan sama-sama, pergi prep sama-sama. Apa pun sama-sama. 

*yup, outing pun sama-sama..hehe*

Waktu mula-mula kenal dengan Ruby, dia peramah, cantik, caring tapi garang tau. Pantang salah kacau, melenting tapi apa Fibi kisah. Haha. Tapi kan,  lama-lama sikap garang tu berubah jadi lemah lembut. It suits you morelah sayang. Praise to Allah :). Pssst, seganlah dengan kamu...

*Cikgu Chantek Ruby, future teacher cam saya :)*

Ruby, dah lama kita tak jumpa kan? Since after SPM. Asal nak jumpa ada je kekangan. Tak jumpa tak semestinya Fibi tak ingat kamu tau. Semua tentang kita, Fibi ingat tau and seriously rindulah. Huhu.

Sempena hari lahir kamu, Fibi nak ucapkan yang baik-baik semua untuk kamu. Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia dunia akhirat di samping mereka yang kamu sayang. Terima kasih tau untuk semua kenangan. Kenangan manis, pahit dan semualah. Fibi betul-betul appreciate semua ni. Sayang kamu banyak :))). 

Sweet tak Fibi? Harap ada yang tak jelesh ngan Fibi :p

P/s :Fibi confirm pergi wedding Fafay, hopefully kamu pun sama..jom ngedate :)


Monday, June 6, 2011

Trip Pulau Sibu

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Duduk update folder sana sini dalam laptop, terjumpa folder picture zaman-zaman foundation.Gambar 4 tahun yang lepas. Waaa. Tak cayalah saya dah jadi student final year. Tengok gambar-gambar ni terasa macam baru semalam je daftar masuk IPG isk.

Salah satu folder gambar yang paling excited saya nak tengok ialah gambar-gambar time kami pergi Pulau Sibu untuk pendidikan luar bersama pensyarah kami, En.Md. Jasa. Tima kasih En.Md. Jasa :)


Pulau Sibu ni terletak dalam Johor. Untuk sampai ke sana, kami menaiki bot di Jeti Tunjuk Laut, Tanjung Leman, Mersing. 


Perjalanan menaiki bot ni tidak mengambil masa yang lama, tak sampai 1 jam pun kalau tak silap. Tapi peninglah. Huhu.

*muka excited padahal tahan nak muntah :p*

     
 *Mereka yang mengemudi bot ni*
...tangan di bahu mata kat atas...

Apa yang menariknya mengenai Pulau Sibu ni ialah laut dia. Laut dia tersangatlah cantik dan jernih, sesuai untuk aktiviti snorkeling. Selain snorkeling, ada aktiviti merentas hutan, kembara malam, banana boat rides, memancing, berkayak, berkhemah dan macam-macam lagi lah. Oh ya, tak nak terlupa, suit honeymoon pun ada tau! Maju tak maju Pulau Sibu ni. Kehkehkeh.


*Aktiviti tanam orang dalam pasir tu adalah rekaan mereka sendiri..haha.*

Aktiviti kami sudah ditetapkan oleh pensyarah kami. Aktivit utama kami ke sini ialah snorkeling. Best! Sebab sangat-sangat cantik laut dia. Nampaklah segala bagai hidupan dalam laut tu. Tak rugi tau.

Sepanjang kami berada di sini, kami tidur kat chalet. Lupelah nama chalet tu apa tapi kami siap pakej, makanan disediakan dan makanan dia memang superb! Sedap-sedap sampai menjilat jari. Nyum!

*tak clear sangatlah gambar chalet kami*

Bila malam, kami jalan kembara malam. Sebelum tu sempat buat unggun api, duduk ramai-ramai buat aktiviti yang dah dirancang.


Bila time nak balik, masih sempat camwhore jap. Thee. Sayanglah nak tinggalkan Pulau Sibu ni.


..Apa pun..

Tata Pulau Sibu~

Ada masa, ada duit, kami datang lagi..mana tau nak buat reunion ke. Amboi. Haha.

P/s : Nak update lah aktiviti Bacarz :)

Saturday, June 4, 2011

"GIVEAWAY PERTAMA MIMIEZ"

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Nak join giveaway lagi! Teruja ni dengan harapan saya bertuah. Thee. Tima kasih Cik Abby sudi tag fibi. :)

Ce baca syarat-syarat penyertaan seperti di bawah ni eh :

Buat entri tajuk "GIVEAWAY PERTAMA MIMIEZ"
Letak banner macam saya buat dalam entri juga sidebar

Tag 4 orang rakan anda dan submitlah penyertaan kalian.

Untuk syarat yang terakhir, saya nak tag :
Izz 
P/s : Cik Mimiez, saya bakal pendidik :)

Happy Belated Birthday!

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Firstly, sorry Nurul Norsilah, Wan Maisarah dan Hazwan atas kelewatan post ini. Isk..biane ;(

Next,
::Nurul Norsilah::

 *Lizah dan Silah*

Gadis manis ni dilahirkan pada 28 Mac dan baru sekarang Qilah nak buat post ni untuk kamu. Thee. I'm sorry! Dia sangatlah serba serbi serba boleh. Ahaha. Seriuslah! Tak caya tanya kawan-kawan dia yang lain. Apa yang paling saya respect tentang dia ialah, dia seorang yang sangat-sangat caring dan tabah. Huhu. You are so strong and you know it. Ucapan yang dah terlewat beberapa bulan ni harap diterima eh ;

Happy Belated Birthday Dear!
Semoga sentiasa dalam keberkatanNya
Bahagia dunia akhirat
Ingat, kamu ada kawan-kawan yang sangat-sangat supportive macam Bacarz
Take care tau :)

Then,
::Wan Maisarah::

 *gaya apakah ni sarah?? haha*

Cek mek molek nama Wan Maisarah ni dari Kelantan. Orangnye cantik pe. Dia lahir pada 9 Mei.  Benda yang paling dia fobia katak tapi kalau makeup dia sangat berani mencuba. Orang cantik macam mane pun  pakai tetap cantik. Jelesh akak. Isk. Buat Sarah;

Happy Belated Birthday Saranghae Sarah!
*mesti tak sangka kena prank kan?*
May Allah bless u
Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat. Ahem
Sayang kamu :)

*Silah..Qilah..Sarah*

Lastly,
::Hazwan::

 *berbaju biru pengawas*

Part dia kena serius sebab kalau tengok orangnye memang macam serius. Tengok gambar pun tau kan? Tapi tu lah hakikatnya, macam je seriusnya. Haha. Sorry wan! Encik Hazwan lahir 24 Mei, time ngah sibuk prepare untuk exam..isk.Untuk Wan;

Happy Belated Birthday!
Semoga sentiasa di bawah lindunganNya
Panjang umur, murah rezeki, cepat kawen. Hehe.
Semua yang baik-baik untuk kaulah. Thee

Akhirnya tertunai gak hajat tulis entri ni untuk korang. Hehe. Sekian.

P/s : Classmate 5 tahun setengah.

Wednesday, June 1, 2011

Tidak Pada Rokok

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Semalam baca kat entri Anis Syuhada, baru tau semalam merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Memang tak tau pun sebelum ni pasal hari semalam.  Mungkin saya bukan seorang perokok, jadi apa saya kisah. Huhu.

Kalau nak diikutkan, kita kena kisah. Sebab sekeliling kita tak semua tak merokok. Kesan kepada mereka yang menghidu asap rokok berganda lagi teruk daripada mereka yang merokok. Jadi, kena kisah tak? Haruslah! Tak kesian ke kat kami ;(

Ayah saya seorang perokok. Tapi tu dulu. Bila dia nak merokok, dia tak akan merokok depan kami adik beradik. Dia akan merokok kat luar rumah. Sekarang ayah dah tak merokok lagi. Tiba-tiba dia berhenti merokok. Tak de buat announcement pape alih-alih dah kata tak nak pada merokok. Terkejut, tapi seronok. Hehe. Tapi seksa nak berhenti tu hanya dia je yang rasa. Huhu. Tapi berbaloi pe. Tahniah Ayah!


*nak suh ayah wat wallpaper gambar ni*
theee..mak jelesh tak?


Apa yang saya nak sampaikan kat sini, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada semangat yang kuat di situ ada jalan yang terang (memandai je). Hehe

Tak nak membebel banyak, masing-masing pun dah tau efek rokok baik kepada perokok mahu pun kepada bukan perokok. Tapi kalau rasa nak tau lagi, ce baca link ni. Mane tau kot-kot pas baca terus terdetik nak berhenti. Hidayah kat mana-mana Allah boleh bagi. =)

P/s : Yes, u can dear =)