Followers

Monday, February 28, 2011

Hargailah...

Sedang selak-selak majalah kat al-Jawaher, terbaca satu artikel dan tertarik dengan rangkap ini.



Rasanya, bukan sahaja seorang isteri, kaum wanita lain baik kanak-kanak, kawan dan semua yang ada title 'wanita' suka dihargai. Memang betul, tak perlu hadiah-hadiah yang mahal. Cukup sekadar ucapan tanda penghargaan.

Apabila seorang wanita mula memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri juga seorang ibu, dialah orang yang paling seronok berbakti kepada rumah tangga. Lagi jika hasil baktinya dihargai atau dirai. Inilah fitrah yang Allah jadikan kepada insan yang bergelar wanita. Selepas berkahwin, semua masanya dihabiskan bersama keluarga. Bagi mereka keluargalah segalanya..suami dan anak-anak..

Bagi mereka yang punya ibu, jangan lupa hargai ibu kamu. Ibu tak pernah lupakan kita walau sesaat pun. Ucaplah sekurang-kurangnya terima kasih. Dia mesti touchinglah! Terima kasih mak..isk..;(

Dan bagi yang sudah beristeri, jangan lupa hargai pengorbanan isteri kamu. Bagi seorang isteri, suamilah segala-galanya. Jadi sila setia ya! Thee..


Motif letak gambar ni, takde motif pun. Haha. Cuma kami dah dengar hal ehwal rumah tangga ni a.k.a kursus kahwin dan kami mengaku, penghargaan itu penting sebab kami golongan wanita =)

Sekian. 

P/s : Isteri amanah dari Allah.

Wednesday, February 23, 2011

Gastrik



Rasanya penyakit gastrik ni dah tak asing lagi di kalangan pelajar. Mostly golongan pelajarlah yang mudah kena penyakit ini dan saya tak terkecuali. Tapi Alhamdulillah, gastrik saya taklah seteruk mana. Perut pedih tapi masih boleh dikawal. 

Lately, saya mudah diserang perut pedih. Serangan yang sukar untuk ditepis! Cewah! Hehe. Tu yang terpanggil untuk tulis entri tentang gastrik ni. 

Menerusi pembacaan saya melalui wall post yang dikirimkan Encik Bos, antara punca penyakit gastrik ini ialah :

  • Tabiat pemakanan seseorang di mana mereka tidak menjaga waktu makan mereka.
  • Memakan lebih daripada keperluan.
  • Ketinggian atau berlebihan kandungan asid dalam perut.
Bila kita ada punca-punca dia atas, kita akan mula berasa pedih di ulu hati, kepala pening dan macam-macamlah.

Bagi mengurangkan kesakitan yang dialami, kita boleh mengambil satu gelas susu segar atau susu tepung. Jangan minum air kosong kerana ia akan buat perut rasa lagi pedih.

Selain itu cuba amalkan membaca ayat-ayat al-Quran ini.

Untuk bacaan lebih lanjut, boleh refer sini.

Tapi bila sendiri terkena pedih perut ni, hanya mampu tidur sambil meringkuk macam udang kena panggang. Bila bangun sakit pun kurang. Thee. 

P/s : Terima kasih Wawa Hazwani, kamu sangat manis =)

Wednesday, February 16, 2011

Anak Februari : Mirul, Malek dan Lizah

Entri kali ni pula khas untuk rakan-rakan yang lahir di bulan Februari. Insan-insan yang bertuah ini ialah Mirul, Malek dan Lizah. Sila rasa bertuah sekarang! =p

*Duta Colgate*
Mirul dan Malek

Pertama sekali, biarlah saya bercerita tentang jejaka-jejaka yang memang maintain macho dalam kelas kami iaitu duta colgate kelas kami, En. YDP atau Encik Malek Husaini dan Encik Khairul Amirul. 


Malek ni anak jati Terengganu, cuma baru-baru ni saya baru tahu dia ada darah kacukan Jawa. Jawa dari Parit Raja katanya. Hmm. Malas nak kaji salasilah keluarga Jawa dia, tapi kalau ada sesiapa nak tahu lebih lanjut mungkin boleh tanya kepada Malek terus. Hehe. 

Sepanjang saya kenal Malek ni, dia seorang yang tegas, baik, pemimpin yang bagus. Dia juga seorang yang mudah tertawa dan mudah mengetawakan orang. Dia seorang yang matang walaupun usia dia muda setahun dari kami. Itu fakta penting tentang dia.



Jejaka macho seterusnya ialah anak jati Negeri Sembilan, Khairul Amirul. Rasanya classmate Bacarz dah masak sangat dengan kelincahan beliau mempoint orang. Siapa yang tak pernah kena point dengan Mirul? Haha. Satu yang saya tahu tentang Mirul, dia pandai. Lagi satu dia memang sangat lincah. Lincah dia mengalahkan lipas kudung tau (exaggerate jap). Haha. Mirul nampak macam otai, tapi dalam hati ada taman beb. Siapa tau. =p

*Gambar tembam zaman foundation*

Dan insan yang bertuah seterusnya ialah adik manis Lizah. Yang manis tu yang pakai tudung putih eh.Kami pernah duduk satu blok, berjiran di ceruk Blok G sana. Lizah seorang yang nampak macam garang tapi sebenarnya dia blur. Erk. Lizah jangan marah. Hehe. Dia seorang kawan baik, tabah, kreatif dan seorang Jawa tulen. Haha. Cakaplah Jawa dengan Lizah, dia faham je. 

Lizah, ingat tak kalau kat blok G dulu, kau suka ketuk dinding bilik. Sampai terganggu la Zaila kat sebelah. Haha. Kalau kita buat 'gathering' makan-makan dengar Zaila ke Maziah ke Emmy ke Lia ke buat lawak, mesti kau pending jap sampai orang lain kena explain balik kat kau and benda itu dah tak jadi lawak dah. Haha. Walaupun pun dah tak jadi lawak, tapi kependingan kau tu menghiburkan kami tau. Rindu itu zaman ;)

Untuk ketiga-tiga insan yang bertuah ini, 

Selamat Hari Lahir 

Panjang umur, murah rezeki

Bahagia dunia akhirat.

Seronok dapat berkawan dengan kamu semua. Thee.

Moga Allah memberkati hidup kamu.

P/s : Saya rasa bertuah dapat tulis entri untuk mereka. 

::words 11::


After a girl is grown,
her little brother
now her protector
seems like a big brother.

(Astrid Alauda)

P/s : Pelanduk dua serupa =p

Tuesday, February 15, 2011

Cik Non Cik Printer

Dalam jangka masa seminggu ni, Cik Non a.k.a Cik Printer saya asyik meragam. Kejap sihat kejap demam. Adeh!

Hari itu, elok je saya guna Cik Non print isi-isi penting untuk fail praktikum saya. Tiba-tiba, Cik Maziah kawan saya yang sangat comel mahu guna printer. Jadi bagi laluan kat dia jap, tapi dan dan tulah tak boleh nak print. Tiba-tiba je.  Puas saya cuba print banyak kali tapi kertas tak mau masuk print. 

Maka Cik Maziah membuat kesimpulan awal, "Roller dia rosak ni qilah." 

Sambil tersenyum dengan sabar saya menjawab, "Mungkin kot, Cik Non penat ni. Ok kita stop bagi dia rest jap."

Esok, dengan penuh harapan saya try guna Cik Non. Isk. Still tak boleh. Risau ni. Cik Non kena masuk klinik macam kawan dia Cik Can (printer Zaila). 

Jadi petang esoknya saya hantar Cik Non pergi klinik. Sampai di klinik, dengan excitednya saya menceritakan masalah Cik Non yang tak mahu bagi kertas masuk print. Doktor itu mendengar dengan penuh teliti. Habis je dengar cerita saya, doktor pun cek Cik Non. Dengan senangnya, dia kata "Oh, ini senang saje" sambil itu dia mengeluarkan PEN yang terdapat dalam ruang isi kerta. Alah! 

Persoalannya, macam mana pen tu boleh ada dalam printer? Pen siapa? Wahahaha..Malu kejap. Tapi pas tu sambil tahan malu, saya suruh doktor pasang tabung pada badan Cik Non. Setel untuk hari itu. Terima kasih eh Encik Bos.


Saya tenang dan bangga menggunakan Cik Non sampai hari ini. Cik Non meragam lagi. Warna hitam tak mahu keluar dari tabung. Warna hitam dah la warna penting. Banyak cara saya cuba untuk pulihkan keadaan Cik Non tapi masih macam itu. 

Takpelah, mungkin Cik Non ada masalah dalaman. Saya bagi Cik Non rehat untuk beberapa hari. Semoga cepat sembuh Cik Non. Huhu

P/s : Miss printer please be good to me, at least for a year.

Monday, February 14, 2011

Syurga Cinta : Mencari Cinta Hakiki


Semalam, Alhamdulillah sempat saya dan rakan-rakan menghadirkan diri ke Dewan Seri Temenggong IPGKTI untuk mendengar ceramah daripada Ustaz Pahrol. Ustaz Pahrol tu! Teruja tau sebab saya sangat suka baca penulisan beliau dalam majalah Solusi. Menyentuh perasaan.

Tahniah adik-adik Permata yang berjaya menganjurkan program ini. Kamu semua berjaya! 

Ceramah yang disampaikan banyak berkisar mengenai cinta. Seperti yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol, cinta mempunyai kuasa yang luar biasa bila ia tepat pada masanya, orangnya dan keadaannya. Cinta bukan suka-suka, bukan kata-kata, bukan mendapat tetapi memberi, perbuatan dan tanggungjawab dunia dan akhirat. 


Siapa yang paling banyak cintanya, dia paling banyak memberi dan siapa yang paling banyak memberi?
Jawapannya, Allah s.w.t

Dan ingatlah cinta yang membawa kebaikan ialah cinta kepada Allah, cinta kepada rasul, cinta kepada ibu bapa dan cinta antara suami isteri.

Terdapat 4 pandangan cinta iaitu :
  1. Pandangan biasa iaitu pandangan golongan remaja yang beranggapan semua orang boleh bercinta.
  2. Pandangan akal iaitu pandangan ahli psikologi yang mengatakan cinta itu ialah keperluan jiwa dan ia perlu.
  3. Pandangan nafsu di mana ada golongan yang beranggapan cinta ini hanya untuk memenuhi keperluan seks. Allah mengurniakan cinta kerana nafsu ini hanya kepada haiwan. Renungkan.
  4. Pandangan hati ialah hadiah bagi mereka yang mengenalinya melalui hati.
Apabila kita bercinta, sila tetapkan apa tujuan kita bercinta. Bercintalah kerana Allah. InsyaAllah dipermudahkan segalanya.


P/s : Sangat tertarik pada slide show tentang cinta yang disediakan oleh ajk Permata. Menarik!

Sunday, February 13, 2011

Senang dan Menang with Puteri Katek



Sebelum terlepas dan terlambat, saya dengan rasa rendah dirinya mahu join ini contest. Itu pun selepas kakak chempaka sari tag saya. Terima kasih kakak (shap rasa tua tak? haha).

Ok, jom tengok-tengok syarat-syarat penyertaannya eh :



  • Buat satu entry bertajuk 'Senang & Menang with Puteri Katek'
  •  Copy banner contest dan link ke blog Puteri Katek.
  • Korang kena buat kasi satu resepi simple yang korang suka dan nak kongsi. Apa-apa yang sedap dan paling penting senang nak buat.
  • Of course kena follow. Tak nak follow pun takpe, Kalau kalah padan muka. Hehe:P Jangan Marah!
  • Tag sesiapa pun, sekurang-kurangnya sorang.
  • Jawap yang ni, dari blog siapa korang tau pasal contest ni… dan sertakan blog tersebut… ( kalau xde xpe )
  • Jangan lupa letakkan link korang pasal contest ni kat blog puteri katek! 



Tarikh tutup : 14 February 2011

Pemenang akan diberi kepada :
3 blogger terbaik
1 blogger yang banyak promote
1 lucky draw… 
so ada 5 blogger yang akan dapat hadiah ni…ermm…. 

Makanya, saya pertaruhkan resepi terung masak pecel. Ini masakan jawa tau tapi simple dan senang. Ini cara dia :


Bahan-bahan:
1 biji terung
5 biji kencor
8 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit belacan
1 biji lada besar
8 biji cili
Sedikit kelapa parut
Garam
Gula

Cara Memasak :
  1. Gorengkan belacan, bawang merah dan putih. lada besar, lada cili dan kencor sekaliharung (tak perlu dihiris).
  2. Tumbukkan bahan-bahan yang sudah digoreng (di atas) dan garam serta gula sehingga lumat (jangan terlalu lumat).
  3. Kemudian, gorengkan terung.
  4. Terung yang sudah digoreng ditoskan minyaknya.
  5. Sementara itu rendamkan kelapa parut dengan air panas.
  6. Selepas itu masukkan terung yang sudah digoreng ke dalam mangkuk dan digaul dengan bahan-bahan yang sudah ditumbuk.
  7. Selesai digaul, perahkan kelapa parut terus ke terung yang siap digaul.
  8. Gaulkan ia hingga sebati dengan bumbu terung tersebut.
  9. Siap untuk dihidang.
Kalau tak ada kencor pun tak apa, masih terung pecel lagi. Hehe.

Seperti di atas, saya join contest ini selepas kakak chempakasari tag saya.

Sekarang saya mahu tag Cikgu Izaty

P/s : Good luck semua =)

Saturday, February 12, 2011

Kaedah Menyelesaikan Bahagi 2 Digit


Sila kesan macam mana murid ni jawab soalan bahagi. 
Ok, pening kan?
Sebab murid ini jawab terbalik-balik.
Inilah perkara yang cikgu hadapi tetiap hari. 
Sabar.

Cikgu dah suruh murid ini tulis molek-molek dalam kertas lain.
Ok, cuba kesan lagi.
Dapat tak?


Biar cikgu terangkan eh.
Murid ni jawab soalan bahagi, 
152 749 bahagi 83

Oleh kerana sifir 83 mereka tak hafal,
cikgu pun tak hafal 
maka mereka guna teknik ini

8 dan 3 dibahagi kepada 2 column berbeza
sifir 8 disenaraikan
dan sifir 3 disenaraikan macam kat atas tu.

Contoh :
Lihat row yang pertama
1x8 = 8
maka dia tulis jawapan 8
dan 1x3 = 3
dia tulis jawapan 3

column di sebelah kanan mewakili rumah 'sa'
dan column disebelah kiri mewakili 'puluh'
jadi tambahkan 
80 + 3= 83
automatik mereka akan tahu
1x83 =83

Try, buat pada row seterusnya
dan bandingkan jawapan anda dengan teknik darab biasa eh.
Sama tak?

P/s : Kokurikulum penting tau.


Jumaat yang Padat

Rasa hari ini jadual saya sangat pack. Bermula seawal 6 pagi sampai sekarang. 

Pagi ini macam biasa melaksanakan tugas sebagai guru praktikum bersama-sama partner praktikum yang tengah rajin sangat menjahit. Hmm. Kenapa eh? Tunggu entri seterusnya..hehe..

Pulang je dari sekolah, sempat pergi usrah. Jumpa Ummi, jumpa usrahmate. Alhamdulillah, masih ceria muka-muka guru praktikum walaupun penat. Thee. Kamu semua memang awesome! Perkongsian untuk hari ini tak kurang hebatnya. Terima kasih ummi atas perkongsian untuk hari ini. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk kongsikan sikit apa yang ummi ada kongsi dengan kami. Renung-renungkan =)



*klik gambar untuk bagi jelas dan besar eh*

Sejurus habis je usrah, singgah di Jabatan Matematik menyerahkan tugasan kajian tindakan. Tapi Dr. Salwa takde. Takpelah, dah sampaikan dekat Pn. Aminah. Harap Dr. Salwa dah terima la eh.

Petang ni juga saya dah janji dengan roomate, Cik Zaila dan Cik Maziah untuk keluar. Niat asal nak betulkan printer masing-masing la. Memandangkan printer mempunyai kepentingan kepada kami, nak tak nak kami kena betulkan dia juga. Jadi dengan alasan ini, nak tak nak kami kena keluar juga petang ni. Hehe. Wajib keluar!

Cik printer pun selamat ditinggalkan di 'wad' untuk dirawat. Esok baru boleh jemput balik. Jadi memandangkan ada lagi masa, kami pun berpakat untuk menghabiskan masa bersama-sama. Ecece. Kami menuju ke suatu tempat untuk window shopping. 

*hanya mampu melihat sebab tak mampu nak beli*

*jumpa purse yang siap mangga..haha..
tak siapa boleh amik duit dalam tu*

Tapi bila sampai dalam kedai buku rambang mata la.

*rambang tak mata? Haha*

*Duta buku-buku motivasi*
(sambil tangan ke bahu mata ke atas..haha)

Dah selesai segala urusan dalam tempat ini, kami pun pulang. Sempat gak saya jumpa rakan-rakan bacarz! Diorang celebrate birthday Lizah. Suweeet tak? Dalam sibuk-sibuk masing-masing pun, kawan-kawan tak lupa tau! 
*Lizah bertudung hitam eh*

Happy birthday Lizah! Nantikan entri khas untuk kamu eh. *suspen tak? haha*

Stress macam mana pun kita, ingatlah kita still ada kawan-kawan yang sudi mendengar macam kawan Bacarz saya. Jadi jangan simpan-simpan, pendam-pendam. Luahkan. Percayalah, kaedah ini sekurang-kurangnya mampu mengurangkan tekanan yang biasa dihadapi guru-guru praktikum. gagagaga.

Cukuplah sampai sini. Letih tapi macam-macam saya dapat hari ini. Terima kasih semua!

P/s : Say no to Valentine Day!


Wednesday, February 9, 2011

Rindu Kabin 3

Dah lebih seminggu saya tak masuk kabin. Isk. Rindu wei!


*Kabin 3 dalam kenangan*

Kabin ni kelas kami untuk sebulan sebelum pergi praktikum. Sekarang kami sedang berpraktikum selama 3 bulan. Ini bermakna 3 bulan la kami tak masuk kabin. Sob3. 

Sepanjang kami belajar dalam kabin yang comel ini, kami sempat bergotong-royong membersihkan kabin. Hmm. Tak caya? Tengok lah betapa rajinnya mereka yang membersihkan kabin ni.





Memang pelajar lelaki kelas kami rajin kemas kabin ni pun. Jadi kami memang beruntung pun dapat sekelas dengan mereka. Haha.

Apa yang menariknya tentang kabin  kami ini ialah :

  • Kawasannya sangat strategik. ( Hanya kami je faham maksud strategik itu..thee)
  • Ia menggunakan air-cond.
  • Ia sangat comel dan kecil.
  • Kalau ada yang mengumpat dalam kabin, satu kelas akan dengar.
  • Kalau ada yang tersasul atau tersilap bahasa, satu kelas boleh point.
  • Ia tidak kedap bunyi.
  • Ia mampu menampung berat Bacarz yang saya kira beratlah juga ya. 
Dan macam-macam lagilah kelebihan Kabin 3 ni. 

Encik Kabin 3, kalau kamu mampu baca post ni mesti kamu terharu sebab hanya kami je yang sangat teruja untuk terus stay bersama kamu. Ada opsyen lain yang betah duduk dalam kamu? Takde kan? 

Kalau kamu nak tahu, hari-hari saya lalu jenguk kamu. Saya nampak ada opsyen lain menggunakan kamu. Tapi mesti sementara je kan. Saya tahu, kamu mesti nak kan kami yang sentiasa duduk buat kecoh dalam kamu kan?

Takpe-takpe, sila tunggu kami selama 3 bulan eh? Harap kamu bersabar. Kalau rindu, sila tengok-tengok muka kami ni.



Doakan kami berjaya mengharungi 3 bulan yang mencabar ini. Huhu.

P/s : Kawan-kawan, selamat berpraktikum =)

Friday, February 4, 2011

Nagging

Sekarang tengah ramai yang suka sangat dengar lagu-lagu korea dan saya tak mengikuti sangat tapi kadang-kadang terdengarlah gak.

Ni salah satu lagu yang comel bak! 

Lirik dia comel.

video

P/s : Your nagging is just so sweet to me.

Action Research 3

Bagaimana perkembangan kajian tindakan kamu?

Soalan ini ditanyakan khas untuk tuan empunya blog ni dan kepada mereka yang rasa nak jawab soalan ini. ;)

Hari tu dah cerita sikit tentang draf proposal dan hari ni nak cerita lagi tentang perkembangan kajian tindakan ini.

Sebelum kami cuti untuk raya cina ni, kami dimaklumkan yang kami akan dapat seorang pensyarah penyelia yang akan membantu dan membimbing kami untuk melaksanakan kajian tindakan ini dan saya akan dibimbing oleh Dr. Salwa. Theee.

Dr. Salwa dan rakan sekelas

Saya dan Yuva sempat berjumpa dengan Dr. Salwa sebelum cuti hari tu. Ok, Yuva classmate saya juga sama-sama di bawah bimbingan Dr. Salwa. Saya mencdangkan penggunaan kaedah petak sifir untuk menghafal sifir. It might be simple but at least it help pupils a lot, hopefully.

Macam-macam perkara kami bincang dan kami tetapkan untuk berjumpa setiap minggu. Untuk minggu pertama perjumpaan kami, kami diminta untuk membawa siap-siap :

  • Draf proposal
  • Perancangan mingguan
  • Kajian lampau atau artikel berkaitan

Alhamdulillah setakat ni saya hampir menyiapkan apa yang patut. Hopefully dengan bantuan Dr.Salwa, saya mampu melaksanakan dan menyiapkan kajian tindakan ini dengan jayanya! Nervous wei!

Gambate Nur'Aqilah!

P/s : Encik Bos, orang lain akad nikah jangan kamu pula yang nervous =p

Thursday, February 3, 2011

Contest Blog Paling Comel, Cantik dan Kemas

Saya join contest lagi dan kali ini saya ditag oleh Cik Chempakasari. Contest kali ini saya mempertaruhkan blog saya sendiri sebab contest ini melihat blog yang paling comel cantik dan kemas.

Syarat penyertaan :


  1. jadi follower FARZANA FARZANTO
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. (add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja. 
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda dan saya tag Tqa HamzahAffiniJannahFareha dan Zainiatun
  6. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  7. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  8. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.
Best of luck Ila Aqilah dan rakan-rakan blogger yang lain =)

Wanita Terbaik

Ada banyak hadis atau riwayat yang menyatakan tentang ciri-ciri wanita yang terbaik.

Salah satunya ialah daripada Riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Wanita dinikahi kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah yang beragama anda kan beruntung."

Selain itu daripada Riwayat al-Nasa'i daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata :

Rasulullah s.a.w ditanya,
"Manakah wanita yang terbaik?"

Baginda menjawab :
" Yang menyenangkan suami apabila memandang, yang mentatai jika disuruh, dan tidak membangkang suami apa-apa yang tidak disukai pada dirinya (isteri) dan hartanya (suami). "

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Dunia itu adalah barang perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah."

Kesimpulannya, wanita yang terbaik ialah wanita yang taat kepada agamanya juga taat pada suaminya. Nampak macam mudah kan? Tapi ia tidak semudah yang disangka melainkan kita benar-benar beriman kepada Allah dan taat pada suruhan Nya. InsyaAllah kita akan dapat title 'Wanita Terbaik'.

Dan ingatlah kaum Adam, bonus bagi kamu jika isteri kamu seorang wanita solehah, maka pilihlah wanita itu kerana agamanya ;)

Wahai kaum Hawa, masih tidak terlambat untuk mendidik diri kita ke jalan ini. Jom =)



P/s : Saya nak title tu =)

Wednesday, February 2, 2011

Anak Januari

Entri ini khas untuk mereka yang lahir bulan Januari. Tapi saya buat entri ini di bulan Februari. gagagaga. Saya tahu saya lambat, sorry kawan-kawan.

Ok, pertama sekali saya nak ucapkan selamat hari lahir khas untuk pemilik handphone ini.


Tak payah teka sebab pemilik handphone itu ialah Nurul Hazwani yang lahir pada 2hb Januari. Dengar cerita dia nak tukar handphone. Hehe. Hanya empunya badan je la yang tahu.


Dia la yang pernah sambut birthday 2 kali setahun dengan saya. Nak tau, baca sini. Saya kenal cik wani ni sebab kami sekelas dan kami pernah jadi blockmate. Sepanjang perkenalan kami ; cewah ayat nak dramatik..haha; dia seorang yang matang dan sering jadi tempat berkongsi masalah. Mungkin sebab sifat seorang kakak itu ada dalam diri dia. 

Wani, kalau kamu baca ini post harap kamu touching. Haha. Qilah doakan kamu panjang umur, murah rezeki dan berbahagia dengan mereka-mereka di sekeliling kamu. Honestly, qilah senang berkawan dengan kamu. Kamu seorang kawan yang sangat baik dan sangatlah memahami. Terima kasih sebab banyak tolong qilah. Nanti kita pergi kursus kahwin sama-sama eh. *tetibe*. Sayang kamu =)

Ucapan seterusnya untuk Cik Athalia. Ramai yang selalu tersilap panggil nama dia, ada yang panggil Atilia dan ada yang terpanggil dia Altantuya. Ish. Tapi qilah tak pernah panggil nama kamu salah tau Atha. Hehe. 

*nampak tak cikgu athalia?*

Cik Athalia ni juga pernah jadi blockmate saya dan kami pernah sama-sama ber 'PBS' dan praktikum di sekolah yang sama. Apa yang saya kagum dengan dia ialah dia seorang yang serba boleh. Masak pandai, jahit boleh, bertukang pun mampu tau. Dia juga seorang yang sangat independent. Dia memang nampak tegas tapi hati dia sangatlah lembut. Hehe. Dalam hati ada taman tu beb. Dengar-dengar dia nak menamatkan zaman bujangnya tahun ini. Amiiin. Qilah doakan yang terbaik untuk kamu. 

Last but not least untuk Cik Sidah merangkap blockmate saya dan dia masih blockmate saya eh.

*Sidah bertudung hijau eh*

Sidah yang saya kenal seorang yang manja. Hehe. Dia juga seorang yang hiperaktif bersesuaian dengan kerjaya dia sebagai cikgu Pendidikan Jasmani. Ada je aktiviti dia. Sidah, semoga kamu dipanjangkan umur, murah rezeki dan berjaya mecapai apa yang kamu nak capai eh. ;)

Cukuplah entri khas ini untuk mereka bertiga. Lain hari lahir lain orang plak eh.

P/s : Bangga tau lahir bulan Januari, sebab saya pun lahir dalam bulan ni juga. =p

Tuesday, February 1, 2011

Kisah Hari Elaun Masuk

Seperti yang dijanjikan Encik YDP, hari bertarikh 24hb Januari elaun selamat masuk ke dalam akaun guru-guru pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Alhamdulillah.

Jadi apa perancangan? Berhelai-helai kertas cadangan tentang aktiviti yang hendak dilakukan setelah elaun masuk diedarkan dalam kelas. Haha. Tapi yang menarik perhatian kami sekelas ialah pengumuman Malek nak belanja kami makan. Serius tak tipu, ini hakikat!

Jadi malam itu selepas solat Maghrib, kami terus bersiap menuju ke KFC. KFC tau bukan Warung Mana Lagi makan goreng pisang. 

Mereka yang dah bersiap nak makan free..hehe

Tiba di tempat yang dijanjikan kami semua menunggu empunya badan yang nak belanja order apa yang patut. Jadi kami sabar menunggu. 



Sabar kan muka masing-masing. Yela, ada orang nak belanja kan? Tapi bila sampai je makanan.

Haruslah makan sampai licin.

Tapi masih mahu bagi posing yang terbaik!

Terima kasih eh Malek dan Anis sebab sudi belanja kami-kami ni makan. Terima kasih juga sebab kamulah  Keluarga Bacarianz berkumpul makan sama-sama untuk kali pertama buat tahun ini.

Dah kenyang-kenyang makan ada pula yang terlupa kunci kereta tertinggal dalam kereta kan. Huhu. Tak pasal-pasal tingkap kereta kena pecah. Terpecah actually.

Cermin kereta ni retak eh, bukan kena air hujan.
Buat Encik Bos sila jangan cuai eh. Huhu.

Tapi bak kata pemilik kereta ni la kan, 

"Pecah cermin takpe, yang penting ada kawan-kawan." 

Baca statement tu pun dah tau betapa untungnya ada kawan-kawan macam Bacarianz ni. Dia yang cakap, kami tak cakap. Hehe. 

Sekian sahaja kisah hari elaun masuk. 

P/s : Hari yang penuh drama dan terima kasih Syahira Shukri sebab mostly pictures ni daripada dia =)